KEAGUNGAN DAN KEBESARAN ILAHI

KEAGUNGAN DAN KEBESARAN ILAHI

19 Jun 2020, hari Isnin tepat jam 5.00 petang, ketika itu keadaan cuaca amat baik dengan di sinari oleh sinaran cahaya matahari  yang sungguh cantik.

Budak- budak bermain di halaman rumah penuh keriangan tanpa memikirkan keselamatan dan kebersihan diri, apa yang penting pada mereka adalah kegembiraan, keseronokan dan kepuasan. Boii  oooo boii... masuk rumah, cepat... !!!,  Tiba - tiba kedengaran satu suara seorang ibu dari jiran sebelah memanggil anaknya untuk masuk ke rumah kerana hari sudah hampir senja, manakala rakan - rakan yang lain masih lagi meneruskan gelagat dan aksi mereka

Saya masih lagi duduk - duduk di anjung rumah dengan bermain telefon keasyikan, sambil - sambil memantau budak - budak di halaman rumah, kerana dikalangan mereka adalah anak buah saya. Dalam masa yang sama satu persatu saya membaca ruangan Facebook ku serta komen - komen yang ada didalamnya, ada yang lucu, sedih dan menyakitkan, maklumlah laman sosial kan, kuasa jari jemari untuk menaip apa sahaja yang terbuku dalam fikiran seseorang.

Jam di telefonku menunjukkan 5.30 petang, hatiku tergerak untuk berjalan - jalan ke hadapan halaman  rumah kerana mahu melihat dengan lebih dekat akan gelagat budak - budak bermain bola tanpa diadili oleh seorang pengadil. Bola di tendang sesuka hati, janji melambung sana sini. Sedang aku memegang telefonku dengan memandang suasana pemandangan indah di luar, pandanganku tersentak seketika ke satu arah,  SubahanAllah alangka indahnya keagungan dan kebesaran ilahi apabila saya terpandang satu kelibat awan yang mana seolah - olah berdoa.

Hati kecil ku berbisik, Alhamdulillah dan rasa sangat gembira kerana ternampak sesuatu yang jarang - jarang berlaku, semoga ianya memberi rezeki kebaikan kepada saya dan juga seluruh alam semesta. Aaminnn.... 

Sehubungan dengan itu dan juga sebagaimana yang kita tahu bersama, bahawasanya sekalian alam adalah miliknya dan semua patuh, sujud serta berdoa padanya, termasuklah diri kita manusia yang kerdil ini. Marilah kita bersama - sama sentiasa nasihat - menasihati, ingat mengingati dengan  melakukan perkara - perkara  kebaikan dan mencegah perkara yang dilarang demi kebaikan dan kesejateraan dunia akhirat.



    


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Manfaat AI Dalam Pendidikan