Sememangnya telur ayam mengandungi banyak khasiatnya proten dan amat baik kepada kesihatan. Pelbagai jenis masakan disediakan dengan menggunakan telur ayam antaranya kueh mueh, kek, sayur pria bergoreng telur dan macam-macam lagi. Disamping itu juga, telur ayam amat mudah di goreng atau direbus sebagai santapan lauk di waktu tengahari.
Dalam dunia moden sekarang ini, amatlah digalakkan kepada kita agar sentiasa berwaspada dengan mengetahui serta meneliti telur ayam sebelum memasaknya. Berikut adalah beberapa langkah ringkas untuk mengetahui kualiti telur:
1. Bagi mengetahui telur ayam berkenaan itu baharu atau lama, rendamkan telur ayam yang dibeli ke dalam air, sekiranya telur ayam berkenaan terapung maka telur ayam tersebut adalah lama dan sebaliknya.
2. Adalah wajib membuang sahaja telur ayam yang mana baharu dibeli namun kulitnya retak.
3. Sekiranya kulit telur ayam berlendir, itu menandakan telur berkenaan adalah tidak bagus dan telah ditumbuhi bakteria.
4. Telur ayam juga akan berubah warna dan berbau sekiranya telur ayam berkenaan telah lama dan tamat tarikh tempoh
Dari segi kesimpulan, sikap berhati-hati serta mengambil tahu akan kualiti telur ayam amatlah penting demi kesihatan tubuh badan.
Nukilan : Staring Pintar
Sumber rujukan :
- tengkubutang.com
- nona.my
- nurshahmina.blogsport.com
- http://prpm.dbp.gov.my/
0 Comments