KHASIAT BUAH PISANG TERHADAP KESIHATAN BADAN

KHASIAT BUAH PISANG TERHADAP KESIHATAN BADAN


Assalamualaikum w.w. dan selamat sejahtera.

Syukur Alhamdulillah bertemu lagi dalam perkongsian ilmu, berkenaan khasiat buah pisang terhadap kesihatan badan.

Pokok pisang  merupakan  sejenis tumbuhan  yang  mudah  ditanam  di  kawasan  kebun mahupun dihalaman rumah. Tempoh sepokok pisang berbuah adalah dalam lingkungan 7 hingga 10 bulan.  Penuaian hasil buah yang berkualiti haruslah dengan penjagaan serta pembajaan yang rapi.

Selain daripada dimakan terus, buah pisang juga banyak dikomersialkan dalam sektor industri dan diproses untuk dijadikan produk seperti pisang goreng, kerepek, kueh mueh, bubur pisang,  dan sebagainya.

Dalam pada itu, menyentu kepada khasiat buah pisang, sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa buah pisang amat berkhasiat kepada kesihatan tubuh badan antaranya:

1.       Memberi tenaga yang cepat kepada tubuh badan.

-   Seseorang yang memakan buah pisang akan lebih bertenaga sebelum melakukan sesuatu aktiviti.

2.      Mengurangkan kemurungan diri.

-  Sememangnya rutin harian serta masaalah yang dihadapi adakalanya akan memberi tekanan serta kemurungan kepada seseorang. Oleh itu dengan memakan buah pisang, raut wajah akan sentiasa kelihatan ceria serta aktif. Fikiran akan tangkas dalam memikir sesuatu perkara serta dapat mengelakkan seseorang daripada kemurungan.

3.       Membantu masaalah sembelit.

-   Cara pemakanan yang tidak seimbang iaitu tanpa mengambil buah-buahan boleh menyebabkan masalah sembelit pada badan. Hal ini terjadi apabila aliran atau makanan yang dimakan tidak terhadam dengan baik. Pengambilan makanan buah-buahan khususnya pisang dapat melegakan rasa sembelit serta melancarkan aliran pembuangan najis besar dalam badan.

4.      Mengurangkan risiko sakit jantung.

-   Pengambilan buah pisang juga dalam makanan amatlah baik dan dapat membantu seseorang untuk mengurangkan risiko penyakit jantung.

5.       Menurunkan tekanan darah.

-   Buah pisang juga amat baik dimakan kerana dapat membantu menurunkan tekanan darah dalam badan.

6.       Merendahkan tahap kolestrol dalam badan.

-   Pemakanan buah pisang yang mana membantu penghadapan serta masaalah sembelit, secara tidak langsung bertindak balas menyelesaikan dan merendahkan tahap kolestrol dalam badan.

7.       Membantu melegakan masalah pening kepala.

-  Meminum susu dengan mencampurkan buah pisang serta sedikit madu mampu melegakan rasa pening kepala.

Nama tempatan    :  Pisang
Nama saintifik       :  Musa Paradisiaca L 
 Nama (Bajau)       :  Saging

 

Sumber rujukan : 
  • facebook kkm
  • facebook Pejabat Pertanian daerah Kulai (ppdk)
  • aziewan.com

 



Nukilan : staring pintar


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Manfaat AI Dalam Pendidikan