Tamu Gaya Street Kota Kinabalu tidak asing lagi dan sangat dikenali di mata dan minda masyarakatnya. Tamu berkenaan juga merupakan salah satu daya tarikan kepada pelancong dalam dan luar Negara.
Dari sudut geografi, Tamu Gaya Street terletak di tengah - tengah Bandaraya Kota Kinabalu dan kawasannya dikelilingi oleh kedai - kedai runcit, restoran dan lainnya. Tamu ini diadakan setiap hujung minggu iaitu hari ahad dari pagi hinggalah ke tengahari. Ramai penjaja - penjaja khususnya dari kawasan luar bandar yang membawa hasil tanaman masing-masing untuk diniagakan di Tamu berkenaan.
Di hening awal subuh, peniaga - peniaga sudah mula memasang kanopi masing - masing mengikut lot atau petak yang telah disediakan oleh pihak pengendali. Penempatan atau penyusunan setiap kanopi adalah di asing - asingkan mengikut jenis barangan yang dijual, hal sedemiakian amatlah penting kerana faktor keselamatan dan kesihatan. Umumnya, barang jualan berbentuk makanan dan minuman adalah di asing.
Di Tamu Gaya Street kebanyakkan peniaga - peniaga yang berniaga adalah terdiri daripada pelbagai suku kaum, ada yang Bajau, Dusun, Murut, Kedazan, Cina dan yang lainnya. Walaupun perbezaan bangsa dan agama, namun sifat harmoni dan toleransi dikalangan masyarakatnya tetap utuh sehingga menimbulkan suasana
Kebanyakkan barang-barang dagangan atau bahan mentah sepertu sayur, pisang, halia dan lain-lain yang didagangkan di Tamu Gaya Street adalah segar dari kebun. Disamping itu juga, terdapat pelbagai jenis jualan buah-buahan seperti betik, mangga, belimbing dan lain-lain yang dijual dengan harga yang berpatutan. Buah-buahan ini adalah segar dan didatangkan khas dari ladang tanpa melibatkan transisi orang tengah. Buah - buahan tempatan seperti ini amat bagus untuk kesihatan badan.
Selain daripada makanan, istemewanya di Tamu Gaya Street, terdapat juga peniaga yang menjual tumbuhan atau bibit tanaman seperti bibit bunga, sayur dan buah - buahan. Bibit yang segar dan subur ini dijual dengan harga yang murah dan pastinya memberi kepuasan kepada pengunjung yang membelinya.
Dalam pada itu juga, pengunjung yang mengunjungi Tamu Gaya Street tidak merasa penat dan lela, kerana selain daripada makanan dan barangan basah yang dapat dinikmati, pengungjung juga dapat menikmati dan seterusnya membeli barang - barang berbentuk manik - manik, kraftangan, pakaian, seperti baju batik, seluar, sapu tangan, topi dan kain sarung yang sangat cantik dan menarik.
0 Comments