EMAS merupakan sejenis logam yang berwarna kuning yang mempunyai nilai yang tinggi dengan harganya yang mahal. Untuk mendapatkan emas, ia perlu di lombong dengan menggunakan mesin teknologi melombong atau mendulang kerana ia wujud secara semulajadi di permukaan bumi. Keunikan emas, boleh dilihat warnanya seperti delima atau kehitaman apabila ianya dihancurkan dengan lebih halus.
Sejarah terdahulu, dimana penggunaan emas amatlah penting kerana emas digunakan sebagai tukaran barang atau matawang dalam sistem jual beli. Emas juga telah digunakan sebagai simbol ketulinan, kedaulatan yang mana melambangkan nilai serta kedudukan seseorang atau kaum di satu mukim berkenaan. Seseorang yang memiliki banyak emas akan lebih dikagumi dan sering dikunjungi oleh rakyat jelata untuk mendapatkan pertolongan. Walaupun demikian, pada ketika itu, nilai emas yang diberikan adalah bergantung kepada kerja atau sumbangan yang dicurahkan oleh seseorang kepada tuannya.
Pada hari ini, emas banyak di gunakan dalam kehidupan seharian sebagai hiasan diri khususnya golongan wanita, kerana nilainya yang tinggi, cantik dan bermutu. Emas juga reka untuk dijadikan gelang, cincin, rantai dan pelbagai lagi agar lebih memukau dan menarik minat untuk memilikinya. Dalam masa sama, tidak ketingalan juga bahawasanya emas amat diperlukan dalam majlis kesyukuran iaitu perkhawinan khususnya. Cincin emas pasti disediakan sebagai tanya kepada seorang wanita bagi menyanjung martabatnya serta tanda mengikat pertalian yang sempurna.
Menurut sumber yang dipetik daripada hargaemas.com.my menyatakan bahawa ketulenan emas dapat dirungkai melalui karatnya seperti yang dijelaskan berikut;
Karat adalah
ukuran ketulenan emas dalam aloi. Setiap karat mewakili nisbah ketulenan 1 /
24, yang menunjukkan berapa banyak bahagian-bahagian daripada 24 adalah tulen.
Oleh itu, 24 karat emas adalah tulen, manakala 18 karat emas ¾ emas dan ¼ aloi
(Dictionary of international trade: handbook of the global trade community by
Edward G. Hinkelman).
Berikut adalah beberapa contoh yang biasa digunakan:
24-karat = 0,995-0,000 tulen emas
22-karat =0,916 tulen emas
18-karat = 0,750 tulen emas
14-karat = 0,583 tulen emas
10-karat = 0,4167 tulen emas
Selain daripada itu, untuk faktor keselamatan, individu atau isi rumah yang memiliki emas boleh menyimpannya di tempat - tempat yang selamat yang mana menjanjikan pulangan positif di masa hadapan seperti di Public Gold, Al-Rajhi, Bank - Bank tempatan dan di pajak gadai yang berdaftar.
0 Comments