HARGA MINYAK MENTAH MENDORONG KENAIKKAN NILAI RINGGIT

HARGA MINYAK MENTAH MENDORONG KENAIKKAN NILAI RINGGIT

Menurut sumber hari ini Rabu 15 Julai 2020, nilai ringgit ditutup lebih tinggi berbanding Dollar Amerika Syarikat (AS) berikutan harga minyak mentah yang tinggi dan nilai mata wang AS yang lemah.  

    Peniaga berkata, minyak mentah Brent diniagakan pada AS$43 setong, menjelang mesyuarat Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum dan sekutunya (OPEC+) lewat hari ini untuk membuat keputusan mengenai pengurangan bekalan.

    

Sebaliknya, dolar AS susut berikutan pedagang bimbang mengenai ketegangan diplomatik antara AS dan China serta kes COVID-19 yang meningkat. Ketua Strategi Pasaran Global AxiCorp Stephen Innes memberitahu Bernama walaupun ketegangan AS-China meningkat berikutan perintah untuk membatalkan status istimewa Hong Kong dengan AS, ringgit mencatatkan prestasi yang baik berikutan dolar AS susut disebabkan sentimen risiko global yang bertambah baik. "Pengurangan yang besar dalam data inventori minyak AS, dilihat sebagai meningkat untuk minyak dan menyebabkan harga komoditi itu lebih tinggi, turut menyokong sentimen terhadap ringgit," katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama. Mata wang tempatan merosot berbanding pound kepada 5.3680/3748 daripada 5.3431/3485 pada Selasa dan susut berbanding yen kepada 3.9835/9877 daripada 3.9758/9806 semalam. Sumber: bhonline

    Menurut sumber, Ketua Ahli Ekonomi  Juwai IQI Global, Shen Saeed, nilai ringgit akan terus dijangka meningkat kedudukannya walaupun berada ditengah - tengah pasaran mata wang yang tidak stabil turun naiknya. Beliau juga turut berkata dan mengular bahawa, nilai Dolar Amerika (US) akan terus lemah pada suku yang akan datang berikutan Rizab Persekutuan AS (Fed) mengurangkan kadar faedah penanda arasnya dengan mata wang peratusan penuh hampir sifar dan berjanji meningkatkan pegangan bonnya sekurang - kurangnya US$700 bilion.                                                                                                      Sumber: astroawani   

Sehubungan dengan itu juga, kenaikan nilai ringgit ini disokong oleh peniaga - peniaga kerana ia adalah tanda positif yang memberi sinar harapan kepada pertumbuhan ekonomi perniagaan mereka. Dalam masa sama, hal ini membantu kepada perwujudan peluang - peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor. Masyarakat akan lebih proaktif serta menarik nafas lega kerana dapat meluaskan atau meningkatkan penawaran berbanding permintaan. 


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Keburukan Perceraian