PERTINGKATKAN DIRI DALAM MENANGANI COVID 19

PERTINGKATKAN DIRI DALAM MENANGANI COVID 19

Penyakit berjangkit Covid 19 sehingga ke hari ini masih belum ada penawarnya. Virus penyakit ini tidak kelihatan dengan mata kasar kerana ia merupakan organisma yang sangat halus.

Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri Sabah telah memaklumkan perlaksanaan perintah kawalan pergerakan pemulihan di bawah peraturan - peraturan pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit (langkah - langka di dalam kawasan tempatan jangkitan) (no. 7) 2020 secsrs berperingkat. 

Orang ramai adalah di ingatkan agar sentiasa mematuhi Standard Operating Prosedure (SOP) iaitu memakai pelitup muka, sentiasa mencuci tangan dan memastikan jarak sosial sekurang - kurangnya satu (1) meter.

Tambahan daripada itu juga dan selaras dengan keputusan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri Sabah memutuskan bahawa mulai 29 Julai 2020 semua individu yang baru pulang dari luar negara dan memasuki Negeri Sabah samaada melalui jalan laut, darat atau udara, akan dikenakan perintah kuarantin wajib di stesen kuarantin yang ditetapkan, berdasarkan kepada peruntukan di bawah subseksyen 15(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342]
  • Tempoh Kuarantin
  • Kadar kos kuarantin distesen kuarantin (hotel yang diwartakan)
  • Kadar kos kuarantin di Stesen Kuarantin Kerajaan
  • PCR (Polimerase Chain Reaction Test) dan RTK (Rapid Test Kit)
  • Stesen Kuarantin

Sumber :Kenyataan Media YAB Ketua Menteri Sabah (Tarikh 28 Julai 2020)







Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Hidangan Shell Out Menyelerakan