Menyimpan atau menabung wang ringgit merupakan salah satu perancangan yang baik untuk mendapatkan nilai atau jumlah wang banyak pada masa mendatang. Ia juga membantu kuasa membeli yang tinggi, sekiranya hendak mendapatkan atau memiliki sesuatu benda yang di idamkan kerana nilai harganya yang mahal. Secara lazimnya tabungan yang rancak dengan nilai yang besar pasti memberi pulangan yang lumayan berbanting tabungan yang sederhana dengan nilai yang sederhana. Walaupun demikian kedua - duanya tetap memberi jumlah yang memadai jika dirancang dan digunakan secara teratur.
Zaman dahulu, ramai masyarakat khususnya di kawasan luar bandar, menyimpan atau menabung hasil titik peluh yang diperolehi di dalam tabung yang diperbuat daripada buluh, tin, botol dan ada juga yang menyimpannya di sarung bantal atau lipatan kain. Namun demikian peredaran zaman serta penggunaan teknologi membawa masyarakat dengan lebih maju untuk menyimpan sambil menjada pendapatan melalui tabungan di bank - bank tempatan dan pusat pelaburan berlesen.
Menurut sumber http://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=menabung menabung
boleh di ungkapkan melalui definisi berikut.
[me.na.bung] | منابوڠ
Menyimpan wang dlm tabung dll: Kami ~ setiap bulan utk bekalan hari tua. (Kamus
Pelajar Edisi Kedua)
Selaras dengan itu, menabung bukan sahaja mampu membudayakan diri malahan ia dapat membantu kepada isi rumah untuk memiliki jumlah wang yang banyak pada penghujung simpanan atau tabungan, justeru itu secara tidak langsung membantu kepada kuasa membeli dalam pasaran.
pepatah juga mengatakan, "sikit - sikit lama - lama jadi bukit".
Sehubungan daripada itu, amalkan dalam diri atau paksa diri agar menjadi insan menabung atau menyimpan, Sediakan satu tabung khas yang mana tabung berkenaan amatlah sukar dan jangan dibuka. Terdapat beberapa strategi tabungan jangka panjang yang boleh di amalkan untuk penjanaan pendapatan jangka panjang. Berikut adalah kiraan terkumpul jika tabungan minimum RM 2.00 diamalkan antaranya;
- TABUNGAN SECARA HARIAN
Tabungan harian. cara ini boleh dibuat dengan setiap hari sebelum turun untuk bekerja dengan memasukkan minimum RM 2.00 ke dalam tabung yang sediakan khas di dalam rumah.
Purata yang akan diperolehi RM 2.00 x 360 hari = RM720.00 (Setahun)
- TABUNGAN SECARA MINGGUAN
Amalkan menyimpan RM2.00 setiap minggu ke dalam tabung, Pilih hari simpanan sebagai contoh hari isnin sebelum turun untuk bekerja.
Purata yang diperolehi RM 2.00 x 4 minggu x 12 bulan = RM 96.00 (Setahun)
- TABUNGAN SECARA BULANAN
Simpan pada waktu pagi sebanyak RM 2.00 ke dalam tabung yang disediakan dan jangan hiraukan jumlahnya.
Purata simpanan yang akan diperolehi RM 2.00 x 12 bulan = RM 24.00
Tambahan darpada itu, bagi memastikan tabungan atau simpanan agar lebih terancang dan strategik. berikut adalah empat (4) kaedah kreatif untuk memupuk tabiat menyimpan yang di gariskan oleh sumber :
- Kaedah paksa rela
- Kaedah satu pertiga
- Simpan mengikut warna
- Pelan pelaburan
Selain daripada itu juga, tabungan atau simpanan yang memberi penjanaan jangka panjang juga boleh dilakukan melalui simpanan tetap atau semasa di Institusi perbankan. Tabungan cara ini adalah amat baik, selamat serta terjamin.
3 Comments
Mantap, Tabung buluh xda ka?
ReplyDeleteCadangan yang yaik. Setakat ini belum bda, tapi akan dipertimbangkan.
Deletesetakat ini belum ada dan akan diusahakan
Delete