AMALAN SUNNAH DI HARI JUMAAT

AMALAN SUNNAH DI HARI JUMAAT

Hari Jumaat adalah penghulu segala hari. Kata Jumat diambil dari kata Jumu'ah yang mana membawa erti kata beramai - ramai lebih daripada satu. Ia juga adalah cara ibadah kaum Muslim pada ketika itu. 

Menurut sumber yang dipetik daripada  https://totabuan.news/rohani/sejarah-hari-jumat-dan-jumatan-dalam-islam/ . TNews, ROHANI – Jumat sebagai hari agung umat Islam. Hari Jumat adalah hari yang mulia di dalam islam. Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasallam menjadikannya hari raya selain hari raya Idul Fitri dan Idul Adha. Bahkan diriwayatkan dari Abu Hurairah, beliau bersabda dalam shahih Muslim bahwa sebaik-baik matahari terbit adalah pada hari Jumat. Yaitu hari dimana Nabi Adam dicptakan, hari dimana kita dimasukkan ke dalam surga dan dikeluarkan dari neraka.                                                                                        

Pengertian dan sejarah hari Jumat dalam Islam :                                                                 Jumat sendiri diambil dari kata ijtima’ yang bermakna berkumpul. Karena di hari inilah umat muslimin berkumpul dan beribadah shalat Jumat bersama. Syariat ini datang karena Rasulullah ingin menyelisihi hari raya kaum kuffar. Yaitu Yahudi yang berkumpul pada hari Sabtu dan Nasrani yang berkumpul pada hari Minggu.


Sehubungan daripada itu, bagi meningkatkan amal ibadah / pahala, terdapat beberapa amalan sunnah yang baik untuk dilakukan dan diamalkan semasa hari Jumaat, antaranya berikut :

  • Memperbanyakkan salawat ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W.pada malam dan siang hari Jumaat
  • Membaca Surah Al - Kahfi pada siang dan malam Jumaat
  • Memotong kuku agar kemas
  • Mencukur / mencabut / memotong bulu - bulu pada badan agar kelihatan bersih dan kelihatan kemas
  • Memakai wangi wangian
  • Bersugi
  • Memakan pakaian yang bersih, cantik dan kemas
  • Mandi dengan membersihkan anggota badan
  • Datang awal ke Masjid untuk solat jumaat berjemaah (bagi kaum lelaki)
  • Membanyakkan sedekah
  • Memperbanyakkan solat sunnat
  • Membaca Al - Quran
  • Perbanyakkan doa
  • Membaca surah Al - Sajdah dan Al - Insan
  • Bercakap / berkata perkara yang baik - baik

Di samping itu juga, hari Jumaat mempunyai banyak kelebihannya berbanding hari - hari yang lain. Berikut adalah beberapa kelebihan hari Jumaat untuk pengetahuan bersama ; 
  1. Hari dimana Ummat Islam berhimpun di Masjid Untuk Solat Jumaat berjamaah
  2. Hari penghapus dosa
  3. Penghulu segala hari
  4. Hari Jumaat, melalui solat Jumaat berjamaah, secara tidak langsung ikatan silaturrahim / persaudaraan dapat di eratkan  
  5. Hari yang paling baik untuk melakukan sedekah 
  6. Hari di mana doa diijabah
  7. Hari yang paling istemewa, penuh dengan kebaikan






Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Maulana Tersohor Di Dunia