Keningau merupakan salah satu Daerah yang terletak di kawasan pedalaman Sabah. Kawasannya berhampiran dengan Banjaran Croker yang terpanjang di Negeri ini. Penduduknya yang terdiri daripada suku kaum dusun, murut dan terdapat juga segelintir banjar dan bajau. Mereka hidup dalam suasana yang rama mesra serta bermuafakat.
Dalam pada itu, kedududukan Daerah Keningau terletak berhampiran dengan pekan - pekan lain antaranya Tenom, Sook, Nabawan dan Tambunan. Terdapat tiga (3) jalan utama yang boleh di lalui dari Bandaraya Kota Kinabalu jika hendak berjalan - jalan ke Daerah Keningau, jalan berikut boleh dilalui dari jalan Penampang, melalui jalan Kimanis dan Sipitang.
Di Daerah keningau, semestinya terdapat restoran - restoran yang menarik dan menyajikan makanan halal sangat menyelerakan, salah satunya iaitu Best friend Cafe. Kebiasaannya, adalah menjadi satu kerugian, jika berjalan - jalan ke Daerah Keningau tanpa singgah di Cafe Best Friend untuk santapan tengahari atau malam.
Cafe berkenaan terletak di pinggir bandar Daerah Keningau dan bersebelahan dengan RHB Bank. Umumnya, operasi Cafe ini bermula dari sebelah pagi hinggalah ke malam sekitar jam 12.00 tengah malam. Terdapat sajian menu yang di sediakan dengan kadar harga yang berpatutan.
Tambahan daripada itu juga, hidangannya yang menggamit selesa selain buffet, Cafe Best Friend juga menyediakan makanan secara hidang dan alacate (goreng - goreng). Tambahan daripada itu juga, bagi memenuhi kepuasan pelanggan, Cafe ini memaparkan secara jelas dan terperinci jenis menu yang ada di jual di Cafe berkenaan. Antara sebahagian menu yang terdapat di Best Friend Cafe iaitu, Sup Ikan, Nasi Ayam Penyet, Sup Ayam, Ikan masak merah dan tiga rasa, dan banyak lagi.
Kemudahan prasarana, seperti parking kenderaan, tandas dan lainnya juga mudah digunakan d Cafe berkenaan. Tahap kebersihan Cafe ini juga sangat memuaskan, dan setiap pekerjanya sentiasa mengamalkan kebersihan serta diwajibkan memakai pakaian seragam semasa bekerja.
Kawasan persekitaran Cafe Best Friend adalah sederhana dan mampu menampung anggaran 50 ke 60 pelanggan dalam satu - satu masa.
Selain daripada itu, jika dilihat dengan mata kasar, Cafe ini agak unik kerana, hampir keseluruhan bumbung dan dindingnya di cat dengan menggunakan warna oren terang. dan dari konsep atau sudut promosi, pelanggan akan mudah tertarik dan mengenali serta mengesan Cafe berkenaan walaupun dari jarak yang jauh.
Singgah untuk menikmati makan tengahari atau sarapan pagi ataupun malam bersama rakan atau keluarga di Best Friend Cafe merupakan satu kenangan dan pengalaman baharu, ini kerana pada nama restoran ini, jelas menunjukkan perkataan Best Friend, yang membawa maksud kepada sahabat. Hal ini dari konsep psikologi, secara tidak langsung ia mampu menghindari kepada permusuhan serta pergolakkan antara rakan walaupun berbeza kaum dan agama.
0 Comments