BERSIAR - SIAR DI PUSAT PELANCONGAN LAUTAN SEMPORNA

BERSIAR - SIAR DI PUSAT PELANCONGAN LAUTAN SEMPORNA

Semporna merupakan salah satu Pekan yang terletak di benua Sabah yang mana pekan ini memiliki keunikan pulau - pulau cantik serta mampu menarik pelancong dari dalam dan luar negara. Pekannya yang bersih dan dihuni oleh suku kaum Bajau yang sangat peramah. Di Pekan Semporna juga terdapat satu Pusat Pelancongan lautan Sempona yang sangat menarik untuk dilawati. 


Meluangkan masa untuk bersiar - siar di Pusat Pelancongan Lautan Semporna merupakan kenangan yang manis serta dapat menenangkan fikiran. Pusat berkenaan terletak di pinggir Pekan Semprona yang boleh di kunjungi dengan hanya berjalan kaki atau menaiki kenderaan. Dari Pusat berkenaan jelas kelihatan lautan Pekan Semporna yang membiru serta pulau - pulau yang berhampiran disekitarnya. Tidak ada caj atau bayaran dikenakan jika ingin memasuki Pusat Pelancongan berkenaan. Kedudukan Pusat Pelancongan Lautan Semporna terletak di atas air yang biru dan jernih, pengunjung boleh melihat dengan jelas hidupan laut seperti ikan, ketam, kerang serta tumbuhan laut yang berada disekelilingnya.


Selain daripada itu juga, Pusat Pelancngan Lautan Semporna menyediakan penginapan iaitu Dragon Inn bagi pengunjung yang mahu bermalam untuk menikmati penginapan atas air. Harganya yang berpatutan dan selesa, serta kawasan berkenaan juga ada disediakan tempat makan iaitu Restoran Bandar Mutiara bagi memudahkan pengunjung untuk menikmati makanan dan minuman segar.

Di samping itu juga, Pusat Pelancongan lautan sempona juga menyediakan gerai - gerai yang menjual pelbagai barangan surveniour  seperti manik - manik, topi, baju, dan bermacam - macam lagi. Makanan ringan juga turut disediakan bagi memudahkan pengunjung untuk membeli dan menikmatinya. 


Pengalaman bersiar - siar di Pusat Pelancongan lautan Semporna sememangnya memberikan kepuasan dan keseronokan selain daripada menenangkan fikiran. 



Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Manfaat AI Dalam Pendidikan