CARA BERNAFAS SEMASA BERLARI

CARA BERNAFAS SEMASA BERLARI

Berlari adalah salah satu aktiviti riadah sukan yang boleh dilakukan di kawasan taman rekreasi, padang atau taman perumahan. Berlari samaada pantas atau perlahan boleh memberi kesan positif kepada kesihatan anggota badan. 

Ramai masyarakat awam berlari secara perlahan atau ertikata joging untuk memastikan anggota badan sentiasa keadaan aktif dan cergas.

Menurut sumber Deawan Bahasa dan Pustaka, Joging bermaksud seperti berikut;

[jo.ging] | جوݢيڠ

Definisi : lari perlahan-lahan terutamanya sbg senaman; berjoging berlari joging, berlari dgn langkah yg tidak kencang atau pantas, lazimnya utk menyihatkan badan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Dalam pada itu, semasa berlari terdapat beberapa cara  bernafas yang perlu dititik beratkan dan di lakukan kerana ianya memberi kesihatan positif kepada anggota badan, antaranya;

  • Bernafas dengan hidung dan mulut
Teknik bernafas menggunakan hidung dan hembuskan melalui mulut sangat digalakkan. Ini kerana apabila anda menggunakan teknik nafas melalui hidung sahaja, ia akan mengecilkan saluran pernafasan anda.
  • Tiga langkah, tarikh dan hembus nafas
Apabila berlari, pastikan anda berlari tiga langkah lagi dan menghembuskan nafas. Jika anda ingin menambah kelajuan, pastikan anda mengambil dua langkah menarik nafas dan selangkah menghembus nafas.
  • Gunakan nafas perut kecuali memecut
Jangan gunakan teknik nafas dalam atau melalui dada. Gunakanlah teknik nafas perut atau "Diafragma" untuk memberi udara masuk terus ke tubuh.
  • Pastikan postur badan ada tegap
Pastikan badan anda berada pada kedudukan tegap dan tidak terlalu membongkok kerana ia akan mengecilkan postur dada. Luruskan badan anda dan bukakan dada dengan baik,  barulah anda boleh bernafas dengan betul dan lebih lancar.
Sumber : www.maskulin.com.my


Berlari dengan cara tersendiri serta pernafasan yang baik, mampu membantu aliran udara serta sel - sel darah dalam badan berfungsi dengan baik dan sihat. 



CARA BERNAFAS SEMASA BERLARI



Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Manfaat AI Dalam Pendidikan