HARIMAU DAHAN SELAMAT DITANGKAP, TAMAN HIDUPAN LIAR LOK KAWI

HARIMAU DAHAN SELAMAT DITANGKAP, TAMAN HIDUPAN LIAR LOK KAWI

Tular, 23 Ogos 2020, Taman Hidupan Liar Lok Kawi memaklumkan orang ramai bahawa seekor Harimau Dahan telah terlepas dari kandang sekitar jam 6.15 pagi tadi, Justeru daripada itu amatlah di nasihatkan kepada orang ramai di kawasan - kawasan kampung yang berhampiran khususnya penduduk di kawasan Kampung Tombovo Penampang,  Kampung Lok Kawi Baru dan Kampung Maang Penampang agar sentiasa berwaspada dan berhati - hati sekiranya terserempak dengan haiwan berkenaan. Walaupun demikian Penduduk di ingatkan agar tidak panik dan takut kerana haiwan berkenaan sudah biasa dengan kehadiran manusia dan kurang daya penglihatan. 

Perkara ini, dijelaskan dan dinyatakan terperinci pada surat pemakluman yang diedarkan oleh Taman Hidupan Liar Lok Kawi menerusi medium Applikasi Whatsapp dan Facebook kepada masyarakat umum. 

Keratan surat edaran boleh dibaca seperti di bawah.



Susulan daripada itu, dengan usaha yang gigih oleh kakitangan Taman Hidupan Liar Lok Kawi, ianya membuahkan hasil apabila jam lebih kurang jam 20.15 malam, haiwan berkenaan telah berjaya dan selamat di tangkap semula dan kini ditempatkan di dalam kandang seperti kebiasaanya. 





Terdahulu, Harimau Dahan atau harimau akar (bahasa Inggeris:Clouded leopard), nama saintifiknya Neofelis nebulosa, adalah sejenis kucing besar dijumpai dari kaki bukit Himalaya melalui tanah besar Asia Tenggara hingga ke China, dan diklasifikasikan sebagai terancam pada 2008 oleh IUCN. Jumlah saiz populasinya mungkin kurang daripada 10,000 individu matang, dengan trend populasi yang menurun dan tiada satu populasi berjumlah lebih daripada 1,000 dewasa.

sumber : https://ms.wikipedia.org/

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Maulana Tersohor Di Dunia