HARMONINYA DI HARI KEBANGSAAN TAHUN 2020

HARMONINYA DI HARI KEBANGSAAN TAHUN 2020

Hari Kebangsaan adalah hari yang ditetapkan sebagai perayaan menyambut pembentukan sesebuah  Negara. Seringkali Hari Kebangsaan merupakan cuti umum. Kebanyakan negara mempunyai satu Hari Kebangsaan setahun, walaupun beberapa buah negara, seperti Pakistan contohnya, mempunyai lebih dari satu. Hari Kebangsaan seringkali diambil sebagai sesebuah negara atau jajahan mencapai kemerdekaan. Tarikh lain seperti hari santa penaung negara tersebut, atau tarikh sejarah penting kadang-kala digunakan. 

Kepentingan Hari Kebangsaan, dan kemeriahan sambutannya amat berbeza dari satu negara dan negara yang lain. Di Perancis contohnya, Hari Kebangsaan dikenali sebagai 'Hari Bastille'. Ia disambut dengan meriah dan Bendera Perancis dikibar merata, manakala presidennya akan menghadiri perakan ketenteraan di Paris. Di Amerika Syarikat pula, sambutan Fourth of July meriah dengan bunga api dan BBQ. Tetapi di United Kingdom, Hari Kebangsaan tidaklah begitu diperingati. Mungkin dengan tujuan untuk tidak menyinggung perasaan kaum minoriti dengan penggunaan simbol kenegaraan. Walau bagaimanapun, baru-baru ini terdapat usaha untuk memeriahkan Hari Kebangsaan di England, Scotland dan Wales, walaupun mungkin untuk tujuan komersil.

Kebanyakan negara mempunyai tarikh Hari Kebangsaan tetap, tetapi sesetengahnya mempunyai tarikh yang berubah-ubah. Contohnya adalah Jamaika, yang menyambut Hari Kebangsaannya pada Isnin pertama bulan Ogos. Ini bagi memperingati kemerdekaan daripada Britain yang dicapai pada Isnin, 6 Ogos 1962 - Isnin pertama bulan Ogos tahun tersebut. Beberapa negara mempunyai tarikh Hari Kebangsaan yang berubah-ubah. Thailand,  sebagai contoh, menyambut hari lahir Raja Thailand pada 5 Disember. Tarikh ini akan ditukar apabila perlantikan waris ke atas takhta. sumber https://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Kebangsaan


Di Negara Malaysia, khususnya Hari Kemerdekaan juga dikenali sebagai Hari Kebangsaan, ia disambut setiap tarikh  31 Ogos setiap tahun. Umumnya Hari Kebangsaan adalah hari kemerdekaan rasmi Persekutuan Tanah Melayu yang dicapai pada 31 Ogos 1957.

Tahun ini 31 Ogos 2020, rakyat di Negara Malaysia khususnya menyambut Hari Kebangsaan secara sederhana dalam keadaan norma baharu iaitu dengan mematuhi arahan perintah kawalan pergerakan pemulihan yang ditetapkan pihak berkuasa, demi mencegah isu Covid 19. 

Sehubungan dengan itu, dan arahan yang dikuatkuasakan, masyarakatnya sentiasa memakai pelitup mulut & hidung serta melakukan penjarakan sosial tetap ditingkatkan dalam diri, Namun demikian semangat patriotisme tetap disemarakkan dengan menghias dan memacak bendera Malaysia samaada di Pejabat - pejabat, Rumah - rumah dan juga pada Kenderaan (Awam / Persendirian). Di samping itu juga, di kawasan jalan raya turut dipasangkan bendera Malaysia, hal ini amatlah baik dan menaikkan lagi semangat patriotisme di kalangan masyarakat.


Tidak ketinggalan juga, Sekolah - sekolah turut mengadakan Hari Kebangsaan dengan mengalakkan murid - murid memakai pakaian jalur gemilang. Tindakan seumpama ini amat harmoni kerana murid - murid akan terdidik dan menjiwai Hari Kebangsaan sejak di usia bangku Sekolah. Lantaran daripada itu, murid - murid juga dapat menerapkan jiwa patriotisme dalam diri dan dapat mengetahui dengan lebih mendalam erti Kemerdekaan.


Menjelang 31 Ogos setiap tahun, Pihak berkuasa telah menetapkan hari berkenaan adalah cuti umum. Lantaran daripada itu ramai masyarakat (khususnya di Malaysia) mengambil peluang bersama keluarga masing - masing dengan melalukan aktiviti kekeluargaan, seperti aktiviti BBQ di rumah atau di kawasan pantai, Berkaraoke di rumah, bersiar - siar dan banyak lagi aktiviti yang bermanfaat bersama keluarga. 


Perkara seumpama ini amatlah baik, selain daripada mengeratkan hubungan kekeluargaan, jiran, rakan dan taulan, ia juga secara tidak langsung menjadikan sesuatu masyarakat hidup dalam keadaan harmoni, selamat tanpa sebarang perkara - perkara negatif.


SELAMAT HARI KEBANGSAAN. TAHUN 2020


MERDEKA .... MERDEKA... MERDEKA.......






 


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Maulana Tersohor Di Dunia