INDAHNYA PEMANDANGAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

INDAHNYA PEMANDANGAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

Universiti Malaysia Sabah (UMS) merupakan salah satu Universiti Awam Malaysia yang terletak di Bandaraya Kota Kinabalu Sabah. Kawasan Universiti ini sangat luas dan persekitarannya yang bersih serta pemandangan yang indah. Kedudukan Universiti Malaysia Sabah (UMS) sangat strategik kerana, ianya terletak ditengah - tengah, di mana pengunjung dapat melihat dengan jelas kiri dan kanan adalah Gunung Kinabalu dan Laut China Selatan.

Terdahulu semasa berjalan - jalan melihat kawasan pemandangan Universiti Malaysia Sabah (UMS), rasanya tidak puas dan teruja untuk mengunjunginya lagi. Keindahan flora yang di tanam dan menghiasi kawasan persekitaran Universiti Malaysia Sabah (UMS) sangat mengagumkan. Spesis bunga, iaitu Pokok Sakura yang mana pokok bunga ini terkenal di di Negara China, namun jika musimnya pengunjung boleh melihat pokok bunga berkenaan di Universiti Malaysia Sabah (UMS). Selain itu, terdapat juga flora lain yang tumbuh menghijau serta menarik pandangan mata di tanam untuk menghiasa kawasan Universiti berkenaan.

Pengunjung juga boleh mendapatkan atau menggunakan khidmat EcoCampus Visitor Information Centre  semasa berkunjung untuk berjalan - jalan serta bersiar - siar di kawasan Universiti Malaysia Sabah (UMS). Tambahan itu juga, Pusat berkenaan turut menyediakan kenderaan BUGGY, untuk membawa para pengunjung meronda - ronda seluruh kawasan persekitaran Universiti.

Universiti Malaysia Sabah (UMS) kelihatan seperti sebuah Universiti dalam taman. Selain daripada floranya, kawasan Universiti ini juga, mempunyai kolam yang turut menghiasi serta mengamit pemandangan dan persekitarannya. 

Pengunjung tidak perlu merasa risau kerana di dalam Universiti Malaysia Sabah sangat selamat. Tambahan itu juga kemudahan - kemudahan prasarana yang lengkap, seperti Masjid, Surau, Tandas, Gerai Makan, Kiosk, Bus Stop, Pengangkutan Bus Awam dan Pusat Informasi Pengunjung untuk sebarang pertanyaan dan bantuan.


Sehubungan dengan itu bagi merealisasikan dengan melihat lebih dekat keindahan panorama  / pemandangan persekitaran Universiti Malaysia Sabah (UMS), disini disertakan pautan yang dipetik daripada yourtube, sumber UMS Official untuk  tatapan serta perkongsian ilmu bersama;

https://www.youtube.com/watch?v=98KCtZP67eg





Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Maulana Tersohor Di Dunia