KEBAIKAN AKTIVITI HIKING

KEBAIKAN AKTIVITI HIKING

Hiking merupakan salah satu aktiviti kembara berjalan kaki dengan mendaki bukit hingga ke puncak. Aktiviti seumpama ini mampu menguatkan serta meningkatkan tahap kecergasan anggota fizikal serta menjimatkan perbelanjaan kerana tidak memerlukan peralatan atau kelengkapan khas. Jarak perjalanan kembara hiking yang dilakukan adalah bergantung kepada kemampuan seseorang, khususnya fizikal badan serta kekuatan tenaga dan perbafasan.

Secara lazimnya, terdapat beberapa kebaikan yang dimanfaatkan daripada melaksanakan aktiviti hiking antaranya;

  • Anggota badan akan lebih cepat berpeluh dan dapat membakar lebih banyak kalori
Pendakian semestinya memerlukan tenaga yang banyak, khususnya kaki kerana ia berfungsi untuk mengangkat serta keseimbangan badan semasa bergerak. Bebanan badan yang di angkat dan berjalan kaki dengan melalui laluan yang tidak rata (iaitu bukit) semestinya menghasilkan peluh yang banyak dan seterusnya membawa kepada pembakaran kalori dalam badan
  • Meningkatkan stamina dan badan menjadi lebih sihat
Stamina badan akan lebih sihat dan cergas sekiranya kerap atau sekurang - kurangnya seminggu sekali melakukan aktiviti hiking. Badan akan terasa ringan dan lincah untuk bergerak khususnya semasa melakukan kerja harian.
  • Menstabilkan paras kolestrol dalam darah dan mengurangkan risiko mendapat penyakit tekanan darah tinggi
Aktiviti hiking mampu membantu menstabilkan kolestrol dalam darah, walaupun hanya melakukannya sekali dalam seminggu. Selain daripada itu, aktiviti ini juga boleh mengurangkan risiko mendapat tekanan  darah tinggi, ini kerana semasa melakukan kembara hiking, sistem pernafasan akan bertindak aktif dan sihat.
  • Mengurangkan depresi pada otak
Umumnya, sembilan hingga ke sepuluh minit melakukan aktiviti panjat bukit (hiking) ataupun gunung dan berada di posisi alam semulajadi, ia mampu mengurangkan depresi otak. Fikiran (otak) akan terasa tenang dan lapang tanpa tekanan dari mana - mana sudut. Ketenangan fikiran juga meningkat sekiranya dikelilingi oleh persekitaran tumbuhan hijau serta memandang pemandangan yang indah dari paras tinggi.
  • Membantu anda lebih kreatif
Anda akan kelihatan lebih kreatif dan cergas dalam melakukan sesuatu perkara. Aktiviti hiking juga membantu perkembangan minda dengan mendapat pengalaman yang baharu serta unik sepanjang kembara menaiki bukit. Untuk itu juga, semasa kembara hiking bukit, seseorang akan lebih kelihatan proaktif dan kreatif khusunya mampu menentukan penggunakan jalan yang lebih sesuai dan selamat untuk menuju puncak bukit. 



sumber : www.maskulin.com.my 

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Manfaat AI Dalam Pendidikan