Grab Holdings Inc., yang biasanya dikenali sebagai Grab, adalah sebuah syarikat pengangkutan pelbagai negara yang berpusat di Singapura. Syarikat ini menawarkan pelbagai perkhidmatan, termasuk pengangkutan, penghantaran atas permintaan, perkhidmatan pengguna dan kewangan dalam satu platform mudah alih. Grab beroperasi di negara-negara Asia Tenggara Singapura, Kemboja, Indonesia, Malaysia, Myanmar, Filipina, Thailand dan Vietnam.
Peluang kerjaya sebagai seorang pemandu Grab adalah cerah kerana pemilik perniagaan berkenaan tidak menghadkan syarat - syarat yang terlalu ketat atau sukar untuk disandang. Lelaki mahupun perempuan boleh mencuburi kerjaya berkenaan samaada dilakukan secara sepenuh masa atau separuh masa.
Terdapat beberapa kelebihan yang diperolehi jika berkecimpung dalam kerjaya sebagai seorang pemandu Grab, antaranya;
- Sumber pendapatan sampingan / tetap
Kepada mereka yang telah mempunyai pekerjaan dan pendapatan tetap, mereka boleh juga bekerja sebagai pemandu Grab secara separuh masa, iaitu hujung minggu atau sebelah malam, yang pastinya tidak menganggu masa kerja hakiki. Cara ini amatlah bijak kerana seseorang mampu meningkatkan atau menambah sumber pendapatannya setiap bulan. Secara sepenuh masa juga boleh dilakukan dengan memilih kerjaya sebagai pemandu Grab, ini kerana kerjaya ini juga mampu menjana pendapatan tinggi bulanan serta boleh menampung perbelanjaan dan keperluan isi rumah.
Kepada individu yang meminati kerja sebagai seorang pemandu Grab, mereka boleh mengatur masa kerja mereka secara sistematik mengikut cara mereka sendiri. Tidak perlu arahan, paksaan dan tekanan dihadapi semasa bekerja. Pemandu juga dapat mengatur cuti dan hari gembira bersama keluarga.
- Dapat meluaskan ilmu pengetahuan dan pandangan
Sememangnya kerja seorang pemandu Grab adalah membawa dan menghantar penumpang dari satu destinasi ke destinasi lain. Hal ini secara tidak langsung mampu meningkatkan ilmu pengetahuan pemandu apabila interaksi komunikasi dilakukan antara penumpang, khususnya pelancong. Tambahan itu juga, pemandu dapat mengetahui kawasan baharu yang belum pernah diketahui pemandu, jika pemandu sedang membuat pin pengambilan dan penghantaran penumpang.
- Mengeratkan ikatan silaturrahim
Kerjaya sebagai pemandu Grab juga mampu mengeratkan hubungan silaturrahim (kenal mengenali, hormat - menghormati dan nilai - nilai positif yang lain). Hal ini secara tidak langsung terjadi sekiranya pemandu Grab berurusan antara pemandu dengan penumpang, pemandu dengan pemandu Grab yang lain dan pemandu dengan kakitangan Jabatan lain yang terlibat seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Puspakom, Syarikat - syarikat insuran dan juga kakitangan pentadbiran Grab.
- Penggunaan tenaga bekerja sederhana
Sebagai seorang pemandu Grab, rasa penat dan lelah akan kurang dirasai, ini kerana Grab menggunakan sistem navigasi atau GPS yang membantu melancarkan perjalanan semasa pemandu Grab mengambil dan menghantar penumpang. Selain itu juga, dengan adanya sistem berkenaan, pemanduan akan lancar dengan tidak melalui jalan atau lalulintas yang jem. Hal sedemikian juga memendekkan masa perjalanan serta meningkatkan penjimatan penggunaan bahan api.
Pemandu Grab adalah terjamin kerana setiap perjalannya semasa memandu untuk mengambil dan menghantar penumpang, dirinya akan dilindugi oleh Syarikat Insuran yang berdaftar. Pemanduan berhema juga sering kali di ingatkan oleh Syarikat Grab, yang mana setiap pemandu haruslah sentiasa mematuhi peraturan jalan raya dan memandu dengan lebih cermat selamat.
|
KELEBIHAN KERJAYA SEBAGAI PEMANDU GRAB |
0 Comments