KENALI AMALAN PEMBUKA PINTU REZEKI

KENALI AMALAN PEMBUKA PINTU REZEKI

Rezeki adalah rahmat dan kurniaan Ilahi kepada makhluk di alam bumi. Pelbagai bentuk rezeki yang kita nikmati seharian tanpa kita sedari, seperti kesihatan, kekayaan, kekeluargaan, ikatan persahabatan yang mulia dan sebagainya. Rezeki boleh diperolehi dengan berusaha, berdoa dan tawakkal, sesungguhnya Allah maha penyayang lagi mengasihani. Di zaman teknologi ini dengan kemudahan serba canggih, ramai masyarakat hari ini mengambil tindakan bijak dengan mengaji secara terperinci sebelum mengusahakan dan mendapatkan rezeki yang di ingini, hal ini amatlah baik bagi memastikan sumber rezeki berkenaan sama ada bersih, memberi manfaat yang baik pada diri, keluarga dan sahabat atau sebaliknya,  

Rezeki boleh di definisi : Ar perbuatan mengingati ALLAH dengan menyebut kalimah seperti Astagfirullah, Allahuakbar sama ada dengan lidah (zikir jail/jahri) atau dalam hati (zikir sirri/khafi); berzikir menyebut-nyebut nama Allah dan mengingati Allah ; dikir. sumber : https://prpm.dbp.gov.my/

Melalui carian Wikipedia : Zikir (ذکر) berasal daripada bahasa Arab yang bermaksud ingat atau sebut. Di dalam Islam, zikir lebih merujuk kepada ingat kepada Allah atau menyebut nama-nama Allah. Di dalam Islam, zikir kepada Allah adalah sebahagian ibadat dan orang Islam yang melakukannya mendapat pahala. Alim ulama bersepakat mengatakan zikir yang paling disukai oleh Allah adalah subhanAllahi wabihamdi
Ini berdasarkan suatu hadis yang bermaksud:

"Dari Abu Dhar berkata, lalu beliau bertanya kepada Muhammad Rasullallah ,"Sukakah engkau(Muhammad) memberitahu ucapan apakah yang paling disukai oleh Allah? "(Muhammad menjawab)SubahanAllahi Wabihamdi(Maha Suci Allah dan Segala Puji bagi-Nya).


Lantaran daripada itu dan sumber : http://memomotivasi.blogspot.com/2016/03/5-zikir-pembuka-pintu-rezeki.html berikut adalah lima (5) zikir pembuka pintu rezeki untuk di amalkan;

1. La hawla wala quwwata illa billah
Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali
dengan pertolongan Allah semata-mata.
 
2. La ilaha illallahul malikul haqqul mubin
Tiada Tuhan selain Allah Raja yang benar dan nyata.
 
3. Subhanallah wabihamdihi subhanallahhil adzim
Maha suci Allah dengan segala puji bagiNya
maha suci Alllah yang Maha Agung
 
4. Sallalahu ala Muhammad sallalahu alayhi wassalam
Semoga Allah memberikan rahmat kepada Muhammad,
semoga Allah memberikan selawat dan salam kepadanya.
 
5. Astaghfirullahalazim
Aku mohon ampun kepada Allah yang Maha Agung
 
 

 
  
Sehubungan daripada itu, semoga kita semua sentiasa memperolehi sumber rezeki yang baik serta melimpah ruah dan tidak lupa berkongsi kepada mereka yang amat memerlukan (sedekah). Ketahuilah setiap kegagalan dalam memiliki rezeki bukanlah tindakan yang salah, kerana setiap makhluk (manusia) telah ditetapkan rezeki masing - masing. Kita haruslah sentiasa bersyukur dan berdoa agar dimurahkan rezeki sentiasa. 
 

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Manfaat AI Dalam Pendidikan