KENALI ANGIN AHMAR DAN LANGKAH MENCEGAHNYA

KENALI ANGIN AHMAR DAN LANGKAH MENCEGAHNYA

Angin Ahmar atau Strok ialah masalah kesihatan yang diakibatkan oleh saluran darah tersumbat dan bekalan darah ke sebahagian otak diganggu. Bahagian otak tersebut tidak lagi menerima oksigen yang mencukupi dan oleh itu, sel-sel otak akan rosak atau mati, dan mengakibatkan bahagian badan yang dikuasai oleh bahagian otak itu tidak berfungsi. Angin ahmar ialah kecederaan saraf yang serius dan gejalanya ialah kehilangan fungsi saraf secara tiba-tiba.

 


KENALI ANGIN AHMAR DAN LANGKAH MENCEGAHNYA




Angin Duduk (Angin Ahmar)

Menurut Bilal Hamdan Hj. Nasir (Beliau merupakan salah seorang Bilal di Masjid Jamek kampung Likas) dalam catitannya menghuraikan bahawa Angin Ahmar juga dikenali sebagai Angin Duduk.  Tambahan beliau juga, pada suatu ketika dimana Nabi Allah Sulaiman a.s duduk di singgahsananya, Maka datang satu Angin yang cukup besar, maka bertanya Nabi Allah

Sulaiman siapakah engkau......?.

Maka dijawab oleh Angin tersebut : akulah Angin Rihul Ahmar....dan Aku bila memasuki rongga anak Adam, maka lumpuh, keluar darah dari rongga, dan apabila aku memasuki otak anak Adam, maka menjadi gilalah anak Adam.....

Maka diperintahkan oleh Nabi Sulaiman a.s supaya membakar angina tersebut,maka berkatalah Rihul Ahmar kepada Nabi Sulaiman a.s bahwa:

Aku kekal sampai hari Kiamat tiba,tiada sesiapa yang dapat membinasakan Aku melainkan Allah SW T.

Lalu Rihul Ahmar pun menghilang.

Diriwayatkan cucu Nabi Muhammad SAW terkena Rihul Ahmar

sehingga keluar darah dari rongga hidungnya.

Maka datang Malaikat Jibril kepada

Nabi SAW  dan bertanya Nabi kepada Jibril.

 

Maka menghilang sebentar,lalu Malaikat Jibril kembali mengajari akan do'a Rihul Ahmar kepada Nabi SAW kemudian

dibaca do'a tersebut kepada cucu nya dan dengan sekejap cucu Rasulullah sembuh serta merta.

Lalu bersabda Nabi S AW : Bahwa barang siapa membaca do'a stroke/do'a Rihul Ahmar.....walau sekali dalam seumur hidupnya, maka akan dijauhkan dari penyakit ANGIN AHMAR atau STROKE.

Do'a menjauhkan terhindar dari angin ahmar dan penyakit kronik :

اللهم إني أعوذبك من الريح الأحمر والدم الأسود والداء الأكبر

Allahumma inni a'uzubika minarrihil ahmar, waddamil aswad, waddail akbar....

Artinya : Ya Allah Tuhanku lindungi aku dari angin merah dan lindungi aku dari darah hitam (stroke) dan dari penyakit berat.

 

Selain daripada itu juga, menurut sumber @kliniksabah penyakit ni kelihatan agak serius, namun sebenarnya 80% dapat dicegah sekiranya setiap orang mengambil langkah bijak bagi mengelak penyakit ini daripada berlaku. Berikut adalah beberapa langkah yang dilakukan sebagai pencegahan, antaranya;

✅ Kawal tekanan darah sekiranya kita mempunyai penyakit darah tinggi. Setiap hari, pantau       tekanan darah dan makan ubat yang diberi. Jangan mengatur sendiri ataupun berhenti 
     makan ubat tanpa nasihat doktor.
✅ Berhenti merokok! Perokok terdedah kepada risiko serangan strok dua kali ganda  
    berbanding bukan perokok.
✅ Kekalkan berat badan yang sihat.
✅ Diet sihat dan seimbang.
✅ Penghidap kencing manis perlu mengawal pengambilan gula secara optimum.
✅ Dapatkan pemeriksaan bagi degupan jantung yang tidak normal.
✅ Bersenam dan kekalkan gaya hidup aktif.
✅ Elak atau kurangkan pengambilan alkohol.

sumber: https://www.facebook.com/kliniksabah/



Sehubungan dengan itu, dengan mengamalkan sifat - sifat positif khususnya dalam penjagaan kesihatan diri dari segi pemakanan, senaman, bersikap positif dan sentiasa mengerjakan solat serta memanjatkan doa pada Allah S.W.T adalah sedikit sebanyak membantu meningkatkan tahap kesihatan dalaman dan luaran anggota badan. 

 

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Manfaat AI Dalam Pendidikan