KENALI TITIAN PERJALANAN MANUSIA

KENALI TITIAN PERJALANAN MANUSIA

 Firman Allah SWT:

اعْلَمُوا أَنَّمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَزِينَةٌ وَتَفَاخُرٌ بَيْنَكُمْ وَتَكَاثُرٌ فِي الْأَمْوَالِ وَالْأَوْلَادِ ۖ كَمَثَلِ غَيْثٍ أَعْجَبَ الْكُفَّارَ نَبَاتُهُ ثُمَّ يَهِيجُ فَتَرَاهُ مُصْفَرًّا ثُمَّ يَكُونُ حُطَامًا ۖ وَفِي الْآخِرَةِ عَذَابٌ شَدِيدٌ وَمَغْفِرَةٌ مِّنَ اللَّـهِ وَرِضْوَانٌ ۚ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ

MaksudnyaKetahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat). Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.   Surah al-Hadid (20)


Manusia merupakan makhluk yang syumul sempurna sifatnya. Tidak ada tujuan lain diciptakan melainkan sebagai khalifah dengan melakukan perkara - perkara yang di amanahkan oleh Allah S.W.T dan menghindari perkara yang dilarang. Dalam Surah Al-Asr : 103 1-3 jelas menerangkan bahawa manusia berada dalam kerugian melainkan mereka yang beramal soleh dan berpesan - pesan dengan sabar. 

Umumnya kehidupan, kematian dan kehidupan semula manusia akan melalui 13 peringkat iaitu alam roh, alam kandungan, alam dunia, alam kubur, alam semester, hari kebangkitan, himpunan di padang mahsyar, syafaat, hisab, pencerahan catatan amal, mizan, telaga dan shira. Lantaran daripada itu, segala amalan akan dicatit bagi menentukan berat pahala dan dosa yang dimiliki, dan seterusnya membawa kepada penentuan penempatan samaada Syurga atau Neraka


Menurut sumber   https://www.alabaqirah-maiwp.edu.my/  Segala kegiatan di dunia ini hendaklah dijiwai nilai akidah dan syariat dengan niat untuk menjunjung perintah Allah. Maka, dengan itu segala-galanya akan menjadi menjadi bekalan untuk dibawa ke akhirat.

Firman Allah bermaksud: “Berbekallah kamu, maka sebaik-baik bekalan adalah takwa dan bertawakallah kepada-Ku hai orang yang berakal” (Surah al-Baqarah, ayat 197)

Rasulullah bersabda bermaksud: “Dunia ini sebagai ladang untuk bercucuk tanam (tempat melakukan amal ibadat dan amal kebajikan), sedangkan hasilnya bakal dipetik di negeri akhirat nanti.”                                                                                                                                                                                                                              

Berikut adalah peringkat atau titian perjalanan manusia yang perlu diketahui bagi mendorong diri kita untuk meningkatkan lagi amalan kebaikan di muka bumi.

Sehubungan dengan itu, semoga amalan kita sentiasa kita tingkatkan dengan memperbanyakkan kebaikkan dan menghindari keburukan atau yang di larang. Sesungguhnya tiadalah faedah yang baik atau kemerdekaan yang positif dicapai jika hanya memikirkan dan melakukan perkara yang membawa kepada keburukan dan kemaksiatan. 




Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Manfaat AI Dalam Pendidikan