KESAN AKTIVITI SUKAN BERBASIKAL

KESAN AKTIVITI SUKAN BERBASIKAL

Aktiviti sukan berbasikal merupakan aktiviti ringan yang memberi kesan kesihatan pada otot dan tulang - temulang anggota badan. Aktiviti ini boleh di lakukan secara berkumpulan atau bersendirian. Namun demikian, hari ni terdapat badan - badan bukan kerajaan menganjurkan aktiviti berbasikal kepada masyarakat umum yang mana secara tidak langsung membantu meningkatkan serta membudayakan hidup sihat. Program ini kebiasanya dilakukan secara besar - besaran dengan jarak perjalanan dari satu kawasan ke kawasan lain sejarak lebih kurang 5 ke 10 kilometer. Tambahan darpada itu juga, program seumpama ini, bukan sahaja memberi gaya hidup sihat, akan tetapi mengiratkan lagi hubungan silaturrahin di kalangan masyarakat.

Secara umumnya dan menjurus kepada kesihatan, berbasikal memberi banyak kesan kebaikan positif seperti kepada anggota fizikal badan seperti berikut;

  • Memberi kekuatan tulang, khususnya tulang kaki 
Aktiviti mengayuh basikal, ia secara tidak langsung mampu memberi kekuatan pada tulang - tulang badan khususnya bahagian paha dan kaki. Bahagian berkenaan akan bertindak lebih kuat dan akhirnya akan terasa ringan untuk bergerak.
  • Melancarkan aliran darah dalam badan
Berbasikal juga mampu melancarkan aliran darah dalam badan, ini kerana apabila kayuhan di lakukan secara tidak langsung anggota badan serta pernafasan akan lancar serta berfungsi dengan baik dan aliran darah akan mengalir dengan baik ke seluruh anggota badan.
  • Mencergaskan serta mengaktifkan daya pemikiran
Gaya hidup yang cergas sememangnya memberi kesan kepada kekuatan dan ketajaman fikiran. Hal ini tidak dapat di nafihan dengan mengayuh basikal sejauh 5 hingga ke 10 kilometer mampu memberi kesihatan pada otak, Sekiranya aliran darah berfungsi ke seluruh anggota badan dengan baik, otak akan berfikir lebih aktif kerana akan fokus kepada persekiratan khususnya pandangan hadapan, sepanjang perjalanan bagi memastikan faktor - faktor keselamatan. 
  • Memberi kesimbangan berat badan
Berbasikal bukan sahaja kepada kesihatan fikiran dan kekuatan otot - otot badan, malahan aktiviti sukan berbasikal boleh menyumbang kepada keseimbangan berat badan. Proses pencernaan makanan dalam badan akan berfungsi dengan baik, Makanan akan cepat dan mudah dihadam dengan baik. 


Sehubungan dengan itu juga, perkara ini disokong menerusi kajian pada pautan http://www.urutbekamjb.com/  yang  diterbitkan pada tahun 2019, menyatakan serta memperincikan bahawa terdapat 10 kelebihan utama yang diperolehi jika melakukan aktiviti sukan berbasikal, antaranya;
  1. Mengeratkan silaturrahim
  2. Dapat menikmati alam sekitar
  3. Menguatkan tulang
  4. Mengurangkan stress
  5. Mengurangkan risiko strok
  6. Mengurangkan artritis
  7. Mengurangkan penyakit diabetis
  8. Meningkatkan kesihatan mental
  9. Mengawal tekanan darah
  10. Mengurangkan berat badan

Dasarnya, aktiviti sukan berbasikal, tidaklah sukar atau rumit untuk dilaksanakan, individu atau sesebuah keluarga boleh melakukannya bersama di kawasan taman- taman perumahan, kawasan taman reksiasi dan kawasan padang atau lapang. Berbasikal adalah salah satu kegiatan yang mudah, namun memberi kesihatan berkesan kepada anggota badan. Justeru daripada itu, hari ini ramai masyarakat gemar berbasikal di kawasan jalan raya secara berkumpulan (lingkungan 3 ke 5 orang) atau bersendirian, namun demikian hal ini adalah berisiko tinggi walaupun faktor - faktor kelengkapan, keselamatan sentiasa di tingkatkan dan dititik beratkan. 




Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Manfaat AI Dalam Pendidikan