KEUNIKAN RESTORAN ANJUNG LEPA

KEUNIKAN RESTORAN ANJUNG LEPA

Restoran Anjung Lepa, merupakan salah satu restoran yang menghidangkan makanan laut yang segar kepada pengunjungnya. Restoran ini terletak di Pekan Semporna dan kedudukannya di atas air. Persekitaran restoran yang indah dengan tiupan angin yang nyaman menghangatkan lagi selera makan dan minum di restoran berkenaan.

Nama restoran berkenaan yang unik iaitu LEPA membawa maksud  sampan laut dan ianya sinonim dengan pengangkutan laut yang digunakan oleh pendudukan di pekan Semporna.  

Sekeliling restoran berkenaan juga terdapat pusat membeli belah dan tempat untuk beristerehat. Selain itu terdapat juga hotel - hotel, penginapan dan homestay yang selesa sekiranya hendak bermalam.

Makanan yang di sajikan adalah halal dan terdiri daripada lauk pauk yang segar, seperti ikan, udang, sotong, kerang, lopstar, sayur - sayuran dan pelbagai jenis minuman. Tempahan makanan boleh di pesan secara hidang bersama keluarga atau alacate (goreng - goreng). Harganya yang berpatutan serta mampu memberi kepuasan kepada yang menikmatinya. Restoran ini juga sangat selamat untuk dikunjungi kerana berdekataan dengan pejabat pihak berkuasa iaitu pejabat Polis Laut.

Di samping itu juga, berkunjung untuk makan dan minum di Restoran Anjung Lepa, pengunjung dapat melihat pemandangan serta panorama laut yang indah apatalagi semasa waktu senja, bot - bot yang lalu lang dari pulau ke bandar sangat mengkagumkan. Tambahan itu juga berhadapan dengan Restoran Anjung Lepa adalah pulau Bum - Bum, iaitu salah satu pulau yang yang terbesar dan terluas di pekan Semporna. Restoran Anjung Lepa juga diperbuat daripada struktur kayu kayan yang utuh dan rekabentuknya di bina seperti Anjung. 


Lazimnya selain hanya menikmati makan dan minum di Restoran Anjung Lepa, pengunjung secara tidak langsung dapat menyenangkan fikiran dan minda.


KEUNIKAN RESTORAN ANJUNG LEPA 

Post a Comment

2 Comments

Featured Post

Manfaat AI Dalam Pendidikan