KHASIAT POHON BIDARA

KHASIAT POHON BIDARA

Pernahkah anda  mendengar apa itu pohon atau pokok bidara?

Pokok Bidara merupakan pokok yang malar hijau yang tumbuh di selatan Asia. Pokok Bidara atau nama saintifiknya Z. mauritiana merupakan sejenis pokok renek malar hijau atau pokok kecil berduri, dengan ketinggian sehingga 15 meter, dengan batang 40 cm atau lebih diameter; rimbunan daunnya merebak; duri stipular dan banyak dahan yang rendang. Buahnya memiliki pelbagai bentuk dan saiz yang berbeza-beza. Ia mungkin berbentuk bujur, obovate, lonjong atau bulat, dan ada yang boleh mencecah sehingga 1-2.5 inci (2.5-6.25 cm) panjang, bergantung kepada jenis. Isinya putih dan rangup. Apabila mengkal sedikit, buahnya adalah berair dan mempunyai bau yang menyenangkan. Kulit buah Bidara adalah licin, berkilat, nipis tetapi padat.


Pokok Bidara paling biasa ditemui di kawasan tropika dan sub-tropika. Ia berasal dari Afrika ia kini tersebar secara meluas di rantau tropika dari Indi, China, Malaysia, Australia dan di beberapa kawasan Pasifik. Secara umumnya, pokok bidara membentuk semak tebal dan menjadi invasif di sesetengah kawasan, termasuk Fiji dan Australia. Ia merupakan sepohon pokok yang cepat berkembang dengan jangka hayat yang sederhana, serta cepat tumbuh dan boleh mencapai sehingga 10-40 kaki (3 hingga 12 m) tinggi.



Selami dan hayatilah kelebihan - kelebihan pohon bidara untuk kesihatan?

Di Negara Malaysia. pohon bidara banyak di tanam di halaman perumahan untuk tujuan perubatan dan seterusnya menjadi hiasan halaman rumah agar kelihatan lebih menarik. Selain daripada pendinding kepada makhluk halus, pohon ini juga amat bagus untuk di produk kesihatan. 

Menurut sumber Pusat Rawatan Al-Qayyum dalam artikalnya yang diterbitkan pada 10 April 2019, mencatitkan bahawa, terdapat beberapa kelebihan yang terkandung dalam pohon bidara untuk kegunaan hidup seharian, seperti yang disenaraikan berikut;

  • Memandikan Jenazah, 
  • Meningkatkan selera makan
  • Sebagai makanan tambahan kepada haiwan ternakan
  • Bertindak sebagai cecair untuk menghilangkan tenaga
  • Memperkuatkan rambut
  • Membantu menghilangkan kemurungan diri
  • Mengatasi ejakulasi dengan cepat
  • Menyihatkan perut (melancarkan proses pencernaa)
  • Mencegah kancer dan tumor
  • Mampu mengatasi sakit demam
  • Mencegah diabetes
  • Menyembuhkan luka
  • Mengatasi jerawat
  • Bertindak sebahagi produk kecantikan
  • Mengatasi kitaran haid tidak lancar
  • Menjadi bahan pencuci mandian setelah haid
  • Pencuci / pendinding rumah dari ganguan jin
  • Penyingkir caj negatif dari tubuh basan
  • Pengubat dan penawar kepada gangguan jin
Pembaca boleh melayari pautan di bawah untuk mengetahui maklumat serta mendalami  lebih terperinci berkenaan kelebihan, kegunaan serta khasiat pohon bidara dalam kehidupan anggota badan.

sumber : Al-Qayyum






Selain daripada itu, menurut maklumat yang dipetik daripada halaman Pusat Rawatan Islam dan Holistik Mustafa,  jika diperincikan secara mendalam satu persatu pohon bidara, dimana merujuk kepada Daunnya sahaja, dimana daunnya boleh digunakan untuk tujuan - penyakit-penyakit hati yang kronik termasuk busung (ascites), hepatitis dan kanser hati, demam, lelah, cirit-birit, luka dan luka yang bernanah, radang dan bengkak, radang tonsil yang kronik, gonorhea, peluh berlebihan, radang mata (conjunctivitis), masalah kitaran haid. Buah - masalah paru-paru, demam, masalah hati, masalah penghadaman. Biji - loya dan muntah, radang sendi, cirit-birit.

Manakala Bunganya pula boleh di proses untuk kegunaan seperti - losyen untuk mata. Kulitnya - cirit-birit, radang usus (dysentery), radang gusi (gingivitis). Akarnya - gout, radang sendi, luka, menurunkan kadar histamin dalam tubuh, sawan.

Walaupun demikian, dan kajian - kajian yang dilakukan oleh para pakar. Wallahua'lam bisowwab, dan segala penyakit ada penawarnya, namun demikian perbanyakkanlah usaha serta panjatkanlah doa kepada Allah S.W.T semoga mendapat keredahan dan berkat darinya.


Lantaran daripada itu,  semoga maklumat berkenaan pohon bidara yang dikongsikan memberi sedikit gambaran serta pengetahuan kepada kita. Di nasihatkan juga agar merujuk dan berjumpa kepada mereka yang mempunyai kelebihan serta kepakaran dalam bidang rawatan.   

 

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Maulana Tersohor Di Dunia