MAHKAMAH TINGGI SABAH MENOLAK PERMOHONAN 33 WAKIL RAKYAT

MAHKAMAH TINGGI SABAH MENOLAK PERMOHONAN 33 WAKIL RAKYAT

Hari ini Jumaat (21 Ogos 2020) sidang sebelah pagi, maka  terjawablah segala soalan berkenaan susulan permohonan 33 wakil rakyat yang mencabar keputusan TYT. Tun. Datuk, Seri Panglima. (Dr.) Haji. Juhar Bin Mahiruddin  berkenaan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah. Mahkamah Tinggi Negeri Sabah memutuskan menolak permohonan 33 wakil rakyat  berkenaan.


Perkara ini ditegaskan dan dijelaskan oleh sumber: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/ dalam ruangan berita menghuraikan bahawa  penetapan berkenaan dibuat Pesuruhjaya Kehakiman Leonard David Shim selepas sesi prosiding di Bilik Bicara Mahkamah Persekutuan Rayuan, di sini.

Menurut Peguam Besar Negeri Sabah, Brenndon Keith Soh ketika ditemui, mahkamah itu menetapkan keputusan Yang DiPertua Negeri (TYT) Tun Juhar Mahiruddin menggunakan kuasa budi bicara dan tidak boleh dicabar.

"Mahkamah telah menolak kes cabaran terhadap responden, tiada permohonan semakan semula kerana mahkamah mendapati keputusan TYT tidak boleh diadili.


Tambahan daripada itu juga, menurut sumber sahih kedua yang dipetik dari media pada halaman berita iaituhttps://www.bharian.com.my/berita/nasional/ menghuraikan bahawa  pesuruhjaya Kehakiman, Leonard David Shim membuat keputusan berkenaan selepas mendengar hujah peguam, Tengku Fuad Tengku Ahmad mewakili 33 ADUN yang mengemuka permohonan semakan terbabit dan hujah Peguam Besar Negeri, Brenndon Keith Soh. Peguam Besar Negeri Sabah, Brandon Keith Soh, berkata mahkamah menetapkan keputusan Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin menggunakan kuasa budi bicara dan tidak boleh dicabar.

Soh berkata, mahkamah menolak kes cabaran ke atas responden, iaitu tiada permohonan semakan semula, berikutan mahkamah mendapati keputusan Juhar tidak boleh diadili.

"Mahkamah berhati-hati dalam membuat sebarang keputusan.

"Keputusan terbabit tidak melanggar perlembagaan negeri dan cabaran pembubaran itu tidak terpakai di mahkamah," katanya.




Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Maulana Tersohor Di Dunia