NIKMATI MAKAN TENGAHARI DI KEDAI MAKAN DAN MINUM BARU JUMPA SILA MAMPIR

NIKMATI MAKAN TENGAHARI DI KEDAI MAKAN DAN MINUM BARU JUMPA SILA MAMPIR

Perjaanan dari Kota Kinabalu ke Tawau dengan menaiki Bus Express Awam sememangnya merupakan pengalaman yang mencabar. Sepanjang perjalanan meredah jalan yang berliku serta berbukit selama 9 jam amat menyeronokkan sambil dapat melihat sekeliling pemandangan yang indah sepanjang perjalan yang mana melalui beberapa Daerah antaranya, Keningau, Sook, Nabawan, Sepulut dan Kalabakan sebelum tiba di Tawau.

Sepanjang perjalanan, kenderaan Bus Express yang di naiki akan singgah untuk santapan tengahari di Kedai Makan Dan Minum Baru Jumpa Sila Mampir. Kedai Makan ini terletak di tengah - tengah hutan antara pekan Sepulut dengan Meliau Basin. Kedudukan Geografinya yang terletak di tepi jalan dan agak terpencil, namun kedai ini menyajikan hidangan makanan dan minuman yang amat menyelerakan seperti sup, soto, nasi campur dan lain - lain lagi. 

Nikmati makan tengahari di Kedai Makan Dan Minum Baru Jumpa Sila Mampir adalah pengalaman yang tidak dapat dilupakan kerana kedai makan berkenaan agak mengkagumkan dengan kedudukannya yang terletak agak sunyi dan dikelilingi oleh hutan rimba belantara. Nama kedainya juga agak unik dan menarik seolah - olah membawa maksud pelawaan yang baik kepada yang mengunjunginya.

Di samping itu juga, pemilik kedai makan berkenaan turut menyediakan kemudahan asas seperti surau, tandas awam, bekalan air bersih bagi memudahkan pengunjung yang singgah untuk merehatkan badan setelah saban hari dalam perjalanan. Suasana persekitaran yang tenang dengan kicauan burung - burung dapat membantu melegakan anggota badan dan menyenangkan fikiran.


Pelanggan utama untuk kedai makan berkenaan hanya bergantung harap kepada kenderaan yang lalu lalang dari satu Daerah atau Pekan ke Daerah atau Pekan yang lain. Namun demikian, mereka melalui Kedai Makan berkenaan pasti akan singgah sebentar kerana tidak mahu terlepas untuk menikmati santapan makan tengahari dengan menunya yang ringkas ala kampung serta  menyelerakan. 


 

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Manfaat AI Dalam Pendidikan