PERBUATAN YANG BOLEH MEROSAKKAN KESIHATAN OTAK

PERBUATAN YANG BOLEH MEROSAKKAN KESIHATAN OTAK

Otak : Khususnya Otak Manusia (Bahasa Inggeris, Otak membawa maksudencephalon, brain) merupakan organ bagi pusat kawalan utama bagi badan. Ia menerima maklumat melalui deria dari dalam dan luar tubuh. Ia menganalisa maklumat ini dan kemudiannya menghantar perutusan kepada badan yang mengawal fungsi dan tindakannya. Otak mengingati pengalaman lepas yang pernah dilakukan, dan merupakan punca fikiran, mood, dan emosi.

Otak juga bersinonim dengan akal, minda, fikiran, bernak dan minda. Otak yang sihat dan cergas akan memberi kesan pemikiran positif dalam melakukan perkara - perkara seharian. Dalam pada itu juga, faktor - faktor pengaruh dalam dan luar samada positi dan negatif juga mempengaruhi kesihatan otak.

Aktiviti bersenam dengan cara yang betul mampu meningkatkan kesihatan otak dari segi berfikir dan melakukan sesuatu perkara dengan lebih aktif.

Sehubungan dengan itu, menurut Dr. Farhan Hadi Mohd Taib (merupakan seorang pegawai perubatan di sebuah Hospital, beliau juga pemegang lulusan perubatan dari UNIMAS) dalam sebuah artikalnya mencatitkan bahawa tanpa kita sedari perbuatan harian yang kita amalkan boleh menyebabkan kepada kerosakkan otak. Berikut adalah beberapa perbuatan yang dilakukan dan boleh memberi kesan kepada kerosakkan otak;

  • Tidak membaca Al - Quran
Al-Quran merupakan kalam ALLAH S.W.T. yang syumul dan jika dibaca memberi ketenangan dalam hati dan fikiran. Sifat tidak membaca Al - Quran boleh memberi kesan kepada otak kita menjadi dungu dan dangkal.
  • Jarang berfikir
Seseorang yang jarang berfikir boleh menyebabkan otak akan lemah dan tidak aktif dalam melakukan serta menyelesaikan sesuatu masalah. Oleh itu adalah amat baik jika kita sentiasa membaca, berfikir serta melalkukan sesuatu agar ransangan otak berfungsi dengan sihat dan pantas.
  • Kurang berimaginasi
Sifat berimaginasi atau angan - angan dapat mengasah otak lebih cergas. Namun demikian jika tidak diikuti dengan tindakan otak akan menjadi lembab membawa kepada sifat termenung.
  • Tidur dengan menutup muka
Tidur sambil meniarap dan menekup muka ke bantal atau menutup dengan buku atau lengan boleh menyebabkan banyak gas karbon dioksida terperangkap dan disedut semula semasa bernafas. Perbuatan ini boleh menyebabkan otak kekurangan oksigen.
  • Tidur yang berlebihan
Lazimnya tidur adalah amat baik kepada kesihatan, namun demikian tidur berlebihan boleh menyebabkan kepada kelembapan dan kelemahan daya fikiran. 
  • Menghidu udara yang tercemar
Otak merupakan pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Menghidu udara tercemar menyebabkan kerosakkan sel - sel otak. Kawasan persekitaran atau tempat tinggal yang kotor dan tercemar mampu meningkatkan kepada kerosakkan otak.
  • Mengambil gula berlebihan
Gula yang berlebihan dalam badan boleh mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Ia juga boleh mengganggu perkembangan otak yang sihat.
  • Merokok
Tabiat merokok merupakan tabiat yang tidak baik dan menjejaskan kesihatan badan. Asap rokok sangat merbahaya kerana mengandungi pelbagai racun dan boleh membunuh banyak sel - sel otak. Hal sedemikian boleh menyebabkan tindakbalas otak menjadi lemah dan kurang aktif dalam berfikir serta melakukan perkara - perkara seharian.
  • Terlebih makan
Pengambilan makanan yang tidak seimbang juga boleh memberi kesan negatif kepada kesihatan otak. Makan secara berlebihan menyebabkan banyak darah dialirkan kepada perut dan usus untuk tujuan pencernaan, menyebabkan kekurangan darah yang sampai kepada otak. Ini mengakibatkan mengantuk, malas dan hilang daya fokus.
  • Tidak mengambil sarapan pagi
Seperti yang kita tahu, otak merupakan organ yang paling banyak menggunakan tenaga, iaitu sebanyak 25% daripada keperluan tenaga badan. Tidak mengambil sarapan pagi yang sihat boleh menyebabkan paras gula dalam darah menjadi rendah dan mengurangkan bekalan nutrisi pada otak. Banyak sel - sel otak akan menjadi kurang aktif pada hari tersebut.


Lantaran daripada itu, amalan atau melakukan perkara - perkara yang bermanfaat atau positif serta menghindari perkara yang tidak sihat atau negatif adalah satu tindakan yang bijak dan mampu meningkatkan daya kesihatan badan serta menguatkan fikiran khususnya kesihatan otak. 

 



Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Maulana Tersohor Di Dunia