SENARAI KAWASAN (DAERAH / PEKAN) DI NEGERI SABAH

SENARAI KAWASAN (DAERAH / PEKAN) DI NEGERI SABAH

Sabah Negeri dibawah Bayu. Sabah (sebutan bahasa Melayu: [saˈbah]) adalah sebuah negeri dalam Malaysia yang terletak di bahagian utara Borneo. Sabah mempunyai sempadan darat dengan negeri Malaysia Sarawak di barat daya dan wilayah Kalimantan Indonesia di selatan. Wilayah Persekutuan Labuan adalah sebuah pulau di pinggir pantai Sabah. Sabah berkongsi sempadan maritim dengan Negara Vietnam di barat dan Negara Filipina di utara dan timur. Kota Kinabalu adalah ibu kota negeri Sabah dan merupakan pusat ekonomi negeri serta pusat pemerintahan negeri Sabah. Sabah mempunyai iklim khatulistiwa dengan hutan hujan tropika dan spesies haiwan dan tumbuhan yang banyak. Negeri ini mempunyai banjaran gunung yang panjang di sebelah barat yang merupakan sebahagian dari Taman Nasional Crocker Range. Sungai Kinabatangan, sungai kedua terpanjang di Malaysia melintasi Sabah dan Gunung Kinabalu adalah titik tertinggi Sabah dan juga Malaysia.

sumber : wikipedia






Sehubungan daripada itu, Negeri Sabah di bahagi - bahagikan kepada beberapa kawasan dan dikenali sebagai Daerah atau Pekan. Berikut adalah nama kawasan yang terdapat di Negeri Sabah;

  • Kota Kinabalu
  • Penampang
  • Putatan
  • Beaufort
  • Kuala Penyu
  • Sipitang
  • Tuaran
  • Kota Belud
  • Kota Marudu
  • Kudat
  • Ranau
  • Sandakan
  • Lahad Datu
  • Tawau
  • Tambunan
  • Keningau
  • Tenom
  • Nabawan
  • Manggatal
  • Inanam
  • Lok Kawi
  • Kinarut
  • Papar
  • Bongawan
  • Membakut
  • Menumbok
  • Long Pasia
  • Tamparuli
  • Pitas
  • Telupid
  • Beluran
  • Kinabatangan
  • Kunak
  • Semporna
  • Merotai
  • Kalabakan
  • Sook
  • Sepulut
  • Pensiangan
  • Tongod
  • Kemabong
  • Kiulu
Lantaran daripada itu, setiap kawasan mempunyai keunikannya dari segi geografi, sejarah, dan budaya masyarakatnya. Penduduknya yang berbilang kaum sentiasa mengamalkan kemuafakatan dan menerapkan nilai - nilai harmoni dalam diri demi kesejahteraan dan pembangunan bersama.

Berkunjung ke Negeri Sabah sememangnya amat menyeronokkan, selain daripada hanya tujuan melancong, kawasan - kawasan di Sabah penuh dengan keunikan dan keindahan bentuk muka buminya yang boleh menggamit jiwa.


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Manfaat AI Dalam Pendidikan