SUHU BADAN TIDAK SEPATUTNYA DIREKODKAN

SUHU BADAN TIDAK SEPATUTNYA DIREKODKAN

KUALA LUMPUR: Rekod suhu badan ketika pemeriksaan di mana-mana premis perniagaan tidak sepatutnya dicatatkan dalam buku atau disimpan secara rekod digital.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin, ketika menjelaskan perkara itu berkata, penyimpanan rekod suhu badan pengunjung adalah bercanggah dengan kerangka tatacara pengendalian dan penyimpanan data peribadi yang ditetapkan kerajaan

Berdasarkan garis panduan itu, katanya, hanya nama, nombor telefon, tarikh dan masa kehadiran pengunjung di premis perniagaan perlu direkodkan, sama ada pada buku atau secara simpanan digital

Mengulas maklumat selanjutnya, berkenaan perkara di atas, sila layari pautan sumber yang diterbitkan oleh media tempatan (26 Ogos 2020), seperti berikut;

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/08/724765/suhu-badan-tidak-boleh-ditulis-disimpan-rekod


Terdahulu, Perintah Kawalan Pergerakan Malaysia (PKP) 2020 merujuk kepada tindakan pencegahan oleh Pihak Berkuasa (Malaysia) terhadap kes Pandemik Koronavirus (COVID-19) pada 16 Mac 2020, oleh itu, kawalan gerakan dilaksanakan di seluruh negara. Kejadian itu sering dirujuk oleh sesetengah pihak media sama ada beberapa media tempatan mahupun media antarabangsa sebagai "Kuarantin Malaysia". sumber : www.wikipedia.org

Sehubungan dengan itu juga, berikut adalah susunan tarikh - tarikh dan jenis perintah kawalan pergerakan sepanjang kes Pandemik Koronavirus yang telah dikuatkuasakan pihak berkuasa untuk makluman, dipatuhi serta sumber meningkatkan ilmu pengetahuan ;

  • Perintah Kawalan Pergerakan (PKP Fasa 1)
18 Mac 2020 - 31 Mac 2020

  • Perintah Kawalan Pergerakan (PKP Fasa 2)
01 April 2020 - 14 April 2020

  • Perintah Kawalan Pergerakan (PKP Fasa 3)
15 April 2020 - 28 April 2020

  • Perintah Kawalan Pergerakan (PKP Fasa 4)
29 April 2020 - 12 Mei 2020

  • Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)
13 Mei 2020 - 27 Mei 2020

  • Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) lanjutan
28 Mei 2020 - 09 Jun 2020

  • Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP)
10 Jun 2020 - 31 Ogos 2020


Lantaran daripada itu, semoga usaha menangani isu Pandemik Koronavirus (COVID 19) berakhir dengan jayanya. Masyarakat dapat melakukan aktiviti harian seperti sedia kala dengan selamat. 



Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Maulana Tersohor Di Dunia