Di zaman teknologi moden dengan penggunakan alat pengesan jalan iaitu GPS dan WAZE semestinya amat memudahkan serta melancarkan perjalanan dan pemanduan di jalan raya dengan baik, jika ia digunakan dan di aplikasikan secara baik atau berhemah. Namun demikian hari demi hari keseronokan serta kealfaan dalam diri dengan menggunakan alat telekomunikasi yang mana semakin menguasai minda dan pemikiran manusia, sehinggakan semasa pemanduan pemandu rata - ratanya gemar melihat atau bermain telefon bimbit dengan berchat, whatsapp atau facebook sehinggakan leka dan lalai terhadap pemanduan dan peraturan - peraturan jalan raya. Hal sedemikian amatlah tidak baik dan boleh menyumbang kepada risiko kemalangan di jalan raya.
Sehubungan dengan itu bagi mengatasi masalah sedemikian, tindakan bijak telah digariskan oleh Pihak Berkuasa dengan menghadapkan ke Mahkamah jika menggunakan telefon bimbit semasa memandu;
- Kesalahan di bawah kaedah 17a, kaedah - kaedah lalu lintas jalan 1959 (L.N. 166/1959) iaitu menggunakan telefon bimbit semasa memandu
- Dikategorikan sebagai saman tidak dikompaun dan kes perlu diselesaikan di Mahkamah
- Denda sehungga RM1,000 atau penjara tidak lebih daripada 3 bulan
- Jika sabit kesalahan kali ke -2, denda sehingga RM2, 000 atau penjara tidak melebihi 6 bulan atau kedua - duanya sekali
Sumber : Infografik Bernama |
0 Comments