UPPM APAS, MPKK JALAN DAMAI TURUN PADANG BERSAMA RAKYAT UNTUK AKTIVITI GOTONG ROYONG

UPPM APAS, MPKK JALAN DAMAI TURUN PADANG BERSAMA RAKYAT UNTUK AKTIVITI GOTONG ROYONG

TAWAU merupakan bumi peladang yang kaya dengan hasil buminya seperti koko, kelapa sawit, kayu kayan dan juga tanaman - tanaman lain seperti pisang. Kemuafakatan penduduknya juga menjadi daya tarikan kuat kepada pelancong dari dalam dan luar negara. Kedudukan geografi, Daerah Tawau terletak berhampiran dengan Negara Indonesia. Walaupun demikian, hubungan serta ikatan yang baik dijalinkan antara kedua negara berkenaan, menjadikan masyarakat khususnya di Daerah Tawau hidup dalam keadaan harmoni, bermuafakat dan dapat melaksanakan aktiviti - aktiviti perdagangan dengan baik mengikut lunas serta peraturan yang ditetapkan bihak berkuasa.  

Dalam pada itu, demi kemuafakan serta siraturrahim sesama ummat, hari ini, Ahad 23 Ogos 2020, salah seorang wakil pemimpin Parti Warisan En. Abdul Salip Ejal bersama rakan - rakan lain turun padang dan bersama - sama penduduk kampung di Batu 2 bagi melaksanakan aktiviti gotong - royong membaikpulih sistem saliran perparitan di kampung berkenaan, agar masalah banjir tidak berlaku.


Lantaran daripada itu, perkara ini juga di nyatakan menerusi sumber saluran  media semasa yang dimuat naik secara atas talian dan boleh dicapai menerusi pautan berikut : https://www.utusanborneo.com.my/2020/08/23/uppm-apas-mpkk-jalan-damai-anjur-gotong-royong-rakyat. Dalam artikal media berkenaan, menjelaskan bahawa hari ini, Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Apas bersama Majlis Pembangunan Komuniti Kampung (MPKK) Jalan Damai menganjurkan program gotong royong menyelesaikan masalah perparitan di Batu 2 dan Jalan Damai, di sini.

Ketua Bahagian Parti Warisan Sabah (WARISAN) Tawau Abdul Salip Ejal berkata, program ini bertujuan membantu masyarakat di sini menjaga kebersihan di kawasan kediaman masing-masing.

"Pihak kami mendapat maklumat, kampung ini juga berdepan dengan masalah perparitan yang tidak lancar menyebabkan selalu berlakunya banjir daripada limpahan air parit sekiranya hujan lebat.

"Kita juga sedar, kebersihan merupakan perkara paling penting kerana persekitaran yang kotor boleh mengundang masalah penyakit seperti taun dan denggi," katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui dalam program gotong royong rakyat bersama lebih 200 penduduk kampung, di sini.

Menurutnya, program seperti ini bukanlah yang pertama dilaksanakan kerana sebelum ini juga semua sayap parti WARISAN kerap turun padang menjalankan pelbagai aktiviti yang melibatkan pemimpin dan masyarakat.

"Tidak timbul soal program-program yang dilaksanakan pada ketika ini merupakan pra kempen untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan berlangsung September nanti.

"Pihak kami juga melihat program ini menjadi satu kaedah dalam mengeratkan silaturahim antara pemimpin dan masyarakat disamping dapat menyelesaikan masalah penduduk lebih cepat," katanya.



Lazimnya, amalan seumpama ini amatlah baik, bukan sahaja mengiratkan ikatan silaturrahim sesama insan, malahan mampu meningkatkan tahap kebersihahan kawasan perumahan khususnya sistem perparitan, ia juga satu aktiviti sosial kemuafakatan yang boleh mencegah daripada perkara - perkara negatif seperti jenaya penduduk (jika tidak kenal mengenali, hormat menghormati), kawasan persekitaran kotor dan sebagainya. Tindakan murni dan bijak seumpama ini haruslah dikekalkan serta dipergiatkan dari masa ke semasa khususnya ke kawasan yang lain. 




Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Manfaat AI Dalam Pendidikan