ANTARA KELEBIHAN SOLAT

ANTARA KELEBIHAN SOLAT

Solat merupakan tiang agama. Ibadah solat boleh dilakukan di Masjid, Surau, Rumah, Kawasan lapang atau di mana - mana sahaja kawasan yang bersih dan selesa. Mengerjakan solat boleh dilakukan secara berjamaah (pahala lagi berlipat ganda) atau bersendirian. Mendirikan solat juga haruslah menghadap kiblat. Lazimnya, tahukah kita, bahawa terdapat banyak kelebihan yang terkandung dalam mengerjakan ibadah solat, antaranya;

  • Ketenangan jiwa
Seseorang yang melalukan solat pasti akan mendapat ketenangan jiwa, ini kerana dalam solat diri kita akan terasa hampir dengan Allah S.W.T untuk memohon segala apa yang dipohon. Jiwa akan tenang tanpa memikirkan perkara - perkaya yang lain. Di samping itu juga, khusyuk dalam mengerjakan solat antara yang mendorong jiwa kita lebih tenang.
  • Berlipat ganda pahala
Mengerjakan solat adalah wajib, ia bukan sahaja tiang agama, malahan perbuatan yang disuruh Allah S.W.T. Ganjaran berlipat ganda akan diperolehi apabila melaksanakan ibadah solat. Ganjaran pahala tidak kelihatan dengan mata kasar, namun ia telah dijanjikan oleh Allah S.W.T.

  • Sumber : my Metro mencatitkan bahawa solat juga sepatutnya meninggalkan impak positif dalam mendidik kita sentiasa fokus terhadap tugasan harian. 
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya berjayalah orang yang beriman iaitu mereka yang khusyuk dalam solatnya.” (Surah Al-Mukminun, ayat 1-2)Jelas kepada kita, mendirikan solat itu bukan seperti melepaskan batok di tangga sahaja, sebaliknya Allah SWT arahkan kita khusyuk iaitu memberi sepenuh tumpuan terhadap ibadat solat.Kita juga dilatih dan diajar mengenai ketelitian dalam melakukan sesuatu kerja. Kita cuba hayati bagaimana khusyuknya menantu Rasulullah SAW, Saidina Ali bin Abi Talib ketika mendirikan solat. 
  • Meneratkan silaturrahim dan perpaduan
Solat secara berjamah di Masjid, Surau atau di Rumah (Bersama Keluarga) sememangnya adalah yang amat baik kerana mendapat ganjaran pahala berlipat ganda dari Allah S.W.T. Selain itu juga, ia dapat mengeratkan lagi ikatan silaturrahim serta perpaduan sesama insan. Perkara ini pastinya amat baik dan membawa kepada kesan positif terhadap tidak melalukan perkara - perkara vandalisme. 
  • Menerusi sumber blog : PokDing Tanda pengabdian dan syukur kepada Allah Azzawajalla
Solat juga merupakan tanda pengabdian dan syukur seorang hamba kepada Allah S.W.T. atas segala nikmat dan rahmat yang Allah kurniakan kepada kita. Firman-Nya: Yang bermaksud: ”Sesungguhnya Kami (Allah) telah memberimu(Muhammad saw) nikmat yang banyak. Maka laksanakan solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah.(sebagai ibadah untuk mendekatkan diri kepada Allah)”. (S. Al-Kautsar: 1-2).

Sekiranya seorang muslim tidak melaksanakan solat,bagaimana cara dia mengucapkan syukur kepada Allah Taala.Adakah cukup sekadar mengungkap ucapan Alhamdulillah atau terima kasih Allah tanpa solat.Sesungguhnya orang yang meninggalkan solat adalah golongan yang kufur dengan nikmat Allah dan sombong seperti lagak Firaun dan Qarun.


Kesimpulannya, sedarkah kita bahawa semasa kita lahir, dimana kita di azankan. Kita telah di ingatkan dan dipanggil untuk menunaikan solat. Fahamilah dan hayatilah maksud laungan azan seperti berikut;

SebutanBahasa ArabTransliterasiTerjemahan
2xالله اكبرAllah u AkbarAllah Maha Besar
2xاشهد ان لا اله الا اللهAsh-hadu allā ilāha illallāhAku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah
2xاشهد ان محمدا رسول اللهAsh-hadu anna Muhammadan rasūlullāhAku bersaksi bahawa Muhammad adalah Pesuruh Allah
2xحي على الصلاةHayya 'alas-salātMarilah menunaikan solat
2xحي على الفلاحHayya 'alal-falāhMarilah merebut kemenangan
2xالصلاة خير من النومAṣ-ṣalātu khayru min an-naūmSolat itu lebih baik dari tidur*
2xالله اكبرAllāhu akbarAllah Maha Besar
1xلا اله الا اللهLā ilāha illallāhTiada Tuhan selain Allah
Pengertian Azan dalam jadual diatas dipetik daripada sumber : Wikipedia




Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Keburukan Perceraian