CARA MENYEDIAKAN MAKANAN TOMPEK

CARA MENYEDIAKAN MAKANAN TOMPEK

TOMPEK, adalah sejenis makanan suku kaum Bajau, Khususnya di Negeri Di Bawah Bayu. Ia juga dikenali sebagai SINANGLAG (bagi Suku Kaum Suluk). Makanan ini sangat terkenal kerana rasanya yang asli tanpa sebarang bahan tambahan atau ramuan semasa dimasak dan meyediakannya. 

Umumnya, tompek sangat sedap di makan bersama lato, kima, bobohan dan juga landak laut. Perisa tambahan iaitu lada dan limau, menghangatkan lagi citarasa tompek semasa di makan. 

Tompek asalnya diproses daripada ubi kayu yang mana ianya di parut terlebih dahulu, setelah itu isi ubi berkenaan akan tumbuk - tumbuk menggnakan lesung  bagi memampatkannya. Sesudah itu, ia akan diperah bagi mengeluarkan airnya sehingga kering. Kemudiannya ia akan dimasukkan dan dibalut dengan plastik lutsinar bagi membentuk segiemat dan di panggil TAMPIN (dalam bahasa sebutan suku kaum Bajau).

Cara menyediakan  atau memasak tompek adalah sangat mudah. Langka pertama iaitu, menghancurkan tampin terlebuh dahulu dengan rata dan mencampurkannya dengan sedikit air agar tampin kelihatan sedikit lembut. Setelah itu, kuali di panaskan dan tampin akan di masukkan ke dalam kuali sedikit demi sedikit. Dalam masa sama, tampin di gaul dengan rata dengan menggunakan pengaul semasa ia dalam keadaan panas di dalam kuali.  

Setelah itu, tampin akan kelihatan sedikit demi sedikit bertukar warna kekuningan serta beransur masak dan ianya dikenali sebagai tompek. 




Lazimnya, Ubi kayu sangat berkhasiat kepada kesihatan anggota badan, tompek juga asalnya dari ubi kayu. Selain di atas, tompek juga sangat sesuai di makan untuk hidangan tengahari bersama keluarga, sanak saudara dan rakan - rakan. Selain daripada itu, tompek juga boleh di makan bersama sayur dan ikan.

Post a Comment

2 Comments

Featured Post

Manfaat AI Dalam Pendidikan