COVID-19, PKPP SECARA PENTADBIRAN

COVID-19, PKPP SECARA PENTADBIRAN

Pandemik COVID-19, juga dikenali sebagai pandemik koronavirus atau wabak koronavirus ialah pandemik penyakit koronavirus 2019 yang sedang berlaku secara global berpunca daripada koronavirus sindrom pernafasan akut teruk 2 (SARS-CoV-2). Wabak ini pada mulanya dikesan pada pertengahan Disember 2019 di bandaraya WuhanHubeiChina, dan telah diiktiraf sebagai pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac 2020. Sehingga 30 Ogos 2020, lebih daripada 25.3 juta kes COVID‑19 telah dilaporkan di lebih daripada 188 buah negara dan wilayah, mengakibatkan lebih dari 843,000 kematian; lebih daripada 16.4 juta orang telah pulih. Wikepedia

Lantaran daripada itu, menurut sumber Myilmu Pelita pengumuman berkenaan tindakan keras yang pernah dikeluarkan pihak berkuasa; dibawah adalah ringkasan arahan yang dipetik dari sumber berkenaan;

TINDAKAN AKAN DIKENAKAN JIKA LANGGAR SOP

Ancaman penyakit berjangkit Covid 19 pada  masa kini yang sedang melanda dunia haruslah dikawal lebih serius secara bersama. Seperti yang kita sedia maklum, peraturan - peraturan atau SOP  yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa haruslah dan wajib dipatuhi bagi bersama - sama mengatasi penularan dan menamatkan penularan rangkaian pendemik Covid 19.

Sehubungan dengan itu, pihak berkuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperketatkan kawalan rondaan ke kawasan - kawasan Premis - Premis makanan,  Perniagaan, Masjid, Rumah Ibadah, Stesen Pengangkutan Awam, Majlis keraian dan tempat Riadah agar rangkaian penyakit berjangkit ini dapat diputuskan dengan lebih berkesan.

Ekoran daripada itu, wabak ini semakin menular, Pihak berkuasa telah mengeluarkan notis bertarikh 21 September 2020 yang mana mengandungi, Arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) secara Pentadbiran.

Berikut adalah antara yang terkandung dalam arahan berkenaan;
  • Melaksanakan nyah kuman / disinfeksi kawasan dan premis dengan serta merta sekiranya ada kakitangan yang di sahkan positif Covid-19 dan kontak rapat rapat dengan positif COVID-19.
  • Memberi kelulusan untuk kuarantindi rumah kepada kakitangan yang ada kontak rapat dengan positif COVID-19.
  • Memberi kelulusan kepada kakitangan yang berisiko tinggi untuk bekerja dari rumah.
  • Mengurangkan kontak dengan orang awam di pejabat masing - masing. 
  • Membatalkan atau menjadualkan semulasemua urusan rasmi pejabat, kursus dan seumpanya di kawasan yang terkesan oleh COVID-19.
  • Membatal atau menjadualkan semula urusan rasmi pejabat seperti mesyuarat dan seumpanya di luar Negeri Sabah, dan
  • Melaksanakan kerja secara fleksi iaitu 70% di pejabat dan 30% dari rumahbagi daerah yang terkesan seperti Tawau, Lahad Datu, Semporna, Kunak, Kudat, Sandakan, Sipitang dan Tongod.





Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Maulana Tersohor Di Dunia