Pendapatan adalah hasil yang diperolehi setelah melakukan kerja atau membuat sesuatu dengan menggunakan tenaga atau minda. Pendapatan boleh diperolehi melalui pelbagai cara bergantung kepada minat serta usaha seseorang. Sumber pendapatan boleh berbentuk dalam mata wang atau ganjaran seperti emas, perak, atau barang-barang harian.
Secara umumnya pendapatan boleh diklasifikasikan kepada pendapatan aktif dan pendapatan pasif.
PENDAPATAN AKTIF
Merupakan pendapatan tetap samaada bulanan / mingguan / harian yang diterima oleh seseorang setelah dia melakukan sesuatu kerja. Pendapatan aktif ini selalunya diterima daripada majikan (sektor kerajaan atau swasta). Kadar upah atau pendapatan yang diterima bergantung kepada persetujuan dan juga mengikut tatacara serta undang - undang yang ditetapkan pihak berkuasa. Jumlah atau nilai pendapatan yang diterima adalah sentiasa bertambah mengikut prestasi serta kejayaan sesuatu syarikat.
PENDAPATAN PASIF
Pendapatan pasif merupakan pendapatan kedua / sampingan / tambahan yang diterima selain daripada pendapatan utama (aktif). Pendapatan ini adakalanya bermusim, boleh jadi tetap atau tidak. Ia juga bergantung kepada kemampuan serta daya usaha seseorang untuk melakukannya. Terdapat beberapa jenis pendapatan pasif yang boleh diusahakan, antaranya;
- Insuran
- MLM (Multi Level Marketing)
- Pelaburan
- Broker & Agent
0 Comments