FAKTA DAN AUTA TENTANG BUAH DURIAN

FAKTA DAN AUTA TENTANG BUAH DURIAN

Buah Durian atau lebih dikenali sebagai raja buah sememangnya mempunyai rasa yang sangat sedap. Rasanya yang berbeza - beza mengikut jenis durian berkenaan. Buarh durian terdiri daripada gred durian D24, Musang King, Amalkia, Zhu Jiao, IOI dan banyak lagi.

Sehubungan dengan itu, menurut sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia terdapat beberapa khasiat buah durian kepada kesihatan anggota badan, antaranya;


FAKTA YANG BENAR MENGENAI DURIAN

1. DURIAN BOLEH MENINGKATKAN BERAT BADAN. 

Buah durian mempunyai kalori yang tinggi. Sebiji durian yang purata beratnya 1 kg mempunyai jumlah kalori hampir 1400 kalori, jadi mengambil sebiji buah durian sudah meliputi 70% daripada sejumlah 2000 kalori sehari yang disyorkan kepada seorang dewasa. Seulas buah durian mempunyai berat lebih kurang 40 gram ataupun 59 kalori.

2. DURIAN KAYA DENGAN NUTRIN. 

Durian kaya dengan potassium, serat, vitamin C dan vitamin B kompleks. Ia juga mengandungi asid amino tryptophan yang juga dikenali sebagai “pil tidur semulajadi” yang mungkin dapat membantu tidur. Durian juga mengandungi kandungan potasium yang lebih tinggi daripada buah pisang.

3. PESAKIT DIABETES MESTI MENGHADKAN PENGAMBILAN DURIAN. 

Disebabkan durian mempunyai kandungan gula yang tinggi yakni gula ringkas seperti sukros, fruktos dan glukos (Indek Glisemik yang tinggi), buah ini memang tidak sesuai diambil oleh pesakit diabetes, kecuali jika diambil dalam kuantiti yang sedikit.

4. DURIAN BOLEH MEMBERI TENAGA SEGERA. 

Disebabkan oleh kandungan karbohidrat yang tinggi dalam bentuk gula ringkas, ia memang boleh menjadi sumber tenaga segera.


AUTA / MITOS MENGENAI DURIAN

Berikut adalah kepercayaan yang salah ataupun mitos mengenai durian.

1. DURIAN MENGANDUNGI KOLESTEROL YANG TINGGI. 

Jika dilihat di dalam jadual fakta nutrin buah durian jelas menunjukkan bahawa sebenarnya TIDAK ADA kolesterol di dalamnya.

2. DURIAN ADALAH PANAS DAN PERLU DIAMBIL DENGAN BUAH MANGGIS YANG SEJUK. 

Tidak ada istilah buah sejuk dan panas di dalam perubatan moden. Ianya tidak disokong oleh kajian saintifik. Tabiat mengambil buah durian bersama dengan manggis mungkin disebabkan oleh kedua-dua pokok durian dan manggis mempunyai musim buah yang sama.

3. MEMAKAN DURIAN MENINGKATKAN NAFSU/TENAGA SEK (LIBIDO). 

Tidak ada bukti saintifik yang menyokong dakwaan bahawa durian meningkatkan tenaga seks.

4. MENGAMBIL DURIAN BERSAMA DENGAN BEER BOLEH MEMBUNUH. 

Tidak ada bukti kajian saintifik yang menyokong dakwaan. Meminum alkohol sudah sememangnya memudaratkan, tetapi mengambil alkohol bersama dengan buah durian tidak menambah kemudaratan alkohol jika durian tidak diambil berlebihan. Pengambilan durian dan alkohol yang berlebihan boleh menyebabkan kembong perut dan rasa tidak selesa di bahagian perut sebab organ hati perlu bekerja lebih kuat untuk menjalankan metabolism ke atas lemak dan gula yang terkandung di dalam alkohol dan durian.





Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Keburukan Perceraian