JANGAN LAGA TANGAN, AMALKAN KEHIDUPAN NORMA BAHARU

JANGAN LAGA TANGAN, AMALKAN KEHIDUPAN NORMA BAHARU

Penyakit Coronavirus 2019 (COVID ‑ 19) adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh coronavirus 2 sindrom pernafasan yang teruk (SARS-CoV-2). Ini pertama kali dikenal pasti pada bulan Disember 2019 di Wuhan, Hubei, China, dan mengakibatkan wabak yang terus berlanjutan.

Sehingga 9 September 2020, lebih daripada 27.5 juta kes telah dilaporkan di 188 negara dan wilayah dengan lebih daripada 897.000 kematian; lebih daripada 18.5 juta orang telah pulih. Gejala biasa termasuk demam, batuk, keletihan, sesak nafas atau kesukaran bernafas, dan kehilangan bau dan rasa. Walaupun kebanyakan orang mengalami gejala ringan, beberapa orang mengalami sindrom gangguan pernafasan (ARDS) yang mungkin disebabkan oleh ribut sitokin, kegagalan pelbagai organ, kejutan septik, dan pembekuan darah. Tempoh inkubasi boleh berkisar antara dua hingga empat belas hari.

Sumber : Wikipedia


Sehubungan dengan itu, pelbagai usaha Pihak Berkuasa dalam menangani penyebaran wabak ini supaya tidak menular.  Perlaksanaan SOP dengan memakai pelitup hidung dan mulut serta penjarakan sosial amatlah diperkenatkan. Wajib Pakai Pelitup Mulut dan Hidung di kasawan - kawasan yang sesak. 

Lantaran daripada itu, ekoran daripada cara menghormati melalui laga tangan, pihak berkuasa menerusi rujukan flayer yang diedarkan mencatitkan, Jangan Laga Tangan, Cukup Letak Tangan Di Dada Tanda Hormat.

Perkara sedemikian amat dititikberatkan kerana, perbuatan berkenaan melibatkan fizikal Amalkan norma baharu dengan sentiasa; memakai pelitup mulut dan hidung, kerap membasuh tangan, menggunakan sabun atau pembasmi kuman, kekalkan penjarakan. 


Maklumat selanjutnya menerusi sumber media Malaysia Kini: Trend orang ramai ketika ini melakukan ‘fist bump’ atau menggenggam tangan dan melagakannya apabila berjumpa perlu dielak untuk mengurangkan risiko penularan wabak Covid-19, kata Timbalan Menteri Kesihatan I Datuk Dr Noor Azmi Ghazali.

Beliau berkata orang ramai dinasihat berhati-hati kerana perbuatan itu melibatkan sentuhan fizikal yang tidak digalakkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

Baca Selanjutnya ....... Malaysia Kini

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Maulana Tersohor Di Dunia