JOM PELAJARI KEWUJUDAN FACEBOOK

JOM PELAJARI KEWUJUDAN FACEBOOK

Facebook dalam sebutan Bahasa Melayu adalah Laman Muka Buku. Selain itu juga, ia merupakan salah satu medium perbualan, pengiklanan serta penyimpanan maklumat secara maya atau teknologi di zaman yang serbah moden ini. Facebook amat popular dikalangan masyarakat kerana ia amat mudah untuk memasrkan produk ke pelusuk dunia, pelanggan yang dijangka mengunjungi produk yang di iklankan tidak mengira darjatserta had umur. Selain daripada itu, ia juga digunakan sebagai menyimpan maklumat seperti gambar - gambar atau video. 

dari sudut perniagaan pula, facebook sangat membantu kerana setiap pasaran yang dilakukan, pasarannya boleh dipasarkan terus kepada pelanggan yang betu - betul berminat. Ia secara tidak langsung membantu dalam penjimatan kos perniagaan. 


Mari Kita Kenali Sejarah Facebook? 

Mark Elliot Zuckerberg (lahir 14 Mei 1984) merupakan usahawan teknologi dan dermawan Amerika Syarikat. Beliau terkenal sebagai pengasas Facebook, iaitu  sebuah perkhidmatan rangkaian sosial dalam internet. Beliau juga adalah Ketua Pegawai Eksekutif Facebook.

Kejayaan Facebook

Pengguna Facebook kini meningkat kepada 250 juta orang. Jumlah ini sebagai ukuran berapa banyaknya hubungan peribadi yang anda telah lakukan. Palo Alto, ibu pejabat Facebook di California ditubuhkan pada 2004. Facebook mengalahkan MySpace yang dimiliki oleh News Corporation.

Pada Julai 2009, syarikat Internet Rusia menawarkan AS$100 juta (RM358 juta) untuk membeli saham daripada pekerja-pekerja Facebook.Syarikat Rusia itu, Digital Sky Technologies (DST) itu melabur sebanyak AS$200 juta (RM716 juta) ke atas Facebook pada Mei 2009 dan menawarkan sebanyak AS$14.77 juta (RM52.8 juta) untuk satu unit saham biasa Facebook.

Syarikat gergasi perisian komputer Amerika Syarikat, Microsoft telah membeli 1.6 % dalam Facebook bernilai AS$240 juta (RM859 juta) pada 2007. Sumber : WikiPedia


Facebook ialah sebuah tapak web rangkaian sosial yang dikendali dan dimiliki secara persendirian oleh Facebook, Inc. Sejak 2006, sesiapa yang berumur 13 tahun ke atas dan memiliki alamat e-mel yang sah boleh menjadi pengguna Facebook. Facebook lebih menyasarkan golongan belia berbanding dewasa. Pengguna boleh menambah rakan dan saling menghantar mesej, serta mengemaskini profil peribadi mereka sebagai makluman kepada rakan-rakan. Selain itu, pengguna juga boleh menyertai rangkaian yang dianjurkan oleh tempat kerja, sekolah, atau kolej. Nama Facebook berasal daripada timangan yang digunakan untuk buku-buku yang diserahkan oleh pihak pentadbiran universiti kepada para penuntut pada permulaan tahun akademik di AS dengan tujuan membantu penuntut saling mengenali.

Facebook diasaskan oleh Mark Zuckerberg bersama teman-teman sebiliknya dan rakan-rakan sekursus sains komputer Andrew McCollum, Eduardo Saverin, Dustin Moskovitz dan Chris Hughes. Pada mulanya, keahlian tapak web ini terhad kepada penuntut Harvard, tetapi kemudian beransur-ansur diperluaskan kepada kolej-kolej lain di kawasan Boston, Liga Ivy, dan Universiti Stanford. Selepas itu, Facebook berkembang lagi untuk merangkumi mana-mana pelajar universiti, kemudian pelajar sekolah tinggi, dan akhirnya, sesiapa sahaja yang berumur 13 ke atas. Kini, tapak web ini dianggotai oleh lebih 400 juta pengguna aktif seluruh dunia.

Konsep asal Facebook dipinjam dari hasil keluaran Akademi Phillips Exeter, sebuah sekolah persediaan yang pernah dihadiri oleh Zuckerberg, yang menerbitkan dan mengedarkan manual bercetak untuk semua pelajar dan fakulti selama berpuluh-puluh tahun, iaitu "face book". Sumber : WikiPedia


Kelebihan menggunakan Facebook.

  • Dapat memasarkan produk secara cekap dan berkesan
  • Mewujudkan ikatan silaturrahim sesama rakan - rakan walaupun berada jauh diperantauan
  • Boleh menyimpan rekod - rekod peribadi secara rahsiah
  • Dapat merapatkan jurang perbezaan antara kaum, contohnya dari segi kepercayaan, kedudukandan pengetahuan
  • Dapat mewujudkan satu kumpulan dikalangan rakan - rakan atau sanak keluarga melalui Facebook Group
  • Sebagai modium yang mudah untuk mencari keluarga, teman yang sekian lama tidak bersua







Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Maulana Tersohor Di Dunia