KEISTEMEWAAN MEMBACA

KEISTEMEWAAN MEMBACA

Dewan Bahasa Pustaka (DBP)

Definisi : 1 membunyikan huruf-huruf yang ditulis; melihat dan memahami apa-apa yg tertulis: Ibu saya sedang ~ Quran. 2 menyebut atau melafazkan sesuatu perkataan atau ayat yang telah dihafaz: Sebelum kami makan, ayah akan ~ doa terlebih dahulu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

"Membaca amalan mulia"

"Membaca jambatan ilmu"

"Membaca insan berjaya"

Jika dilihat kepada kenyataan yang dihuraikan dalam kamus carian DBP, membaca adalah salah satu perbuatan dengan membunyikan, melafazkan apa - apa maklumat atau tulisan yang ditulis pada sesuatu benda. Umumnya, teknik membaca boleh dilakukan dengan nada sederhana atau tinggi dan memahaminya.

Lazimnya dan jika difahami, membaca adalah satu tabiat yang baik kepada pembangunan diri agar menjadi insan berilmu. Pemahaman mendalam semasa membaca adalah amat baik dan boleh membawa kepada penghasilan sesuatu perkara / benda. Dengan membaca juga, seseorang adakalanya termasuk dan menjiwai bahan bacaan yang dibacanya, yang mana boleh mempengaruhi dirinya.

Sehubungan dengan itu, terdapat beberapa keistemewaan membaca yang telah dialami untuk dikongsikan bersama, antaranya;

  • Miningkatkan pengetahuan

Seperti yang kita tahu dengan membaca secara tidak langsung kita dapat meningkatkan ilmu pengetahuan daripada kurang bijak kepada lebih bijak. Dengan ilmu yang diperolehi hasil daripada membaca ia boleh di kembangkan sehingga menjadi satu panduan dalam membuat sebarang kajian. Seseorang juga tidak akan mudah dipermainkan atau ditipu jika mempunyai ilmu pengetahuan.

  • Memperluas pandangan

Dengan membaca, seseorang dapat mengembangkan fikirannya dengan lebih meluas dalam pelbagai aspek, samaada ekonomi, sejarah, geografi dan sebagainya. ilmu juga dapat dikembangkan dengan mengetahui maklumat - maklumat atau senario dalam dan luar negara. 

  • Positif / Negatif

Umumnya bahan bacaan mempunyai pelbagai jenis kandungan, ada yang menarik dan ada juga yang buruk. Semestinya seseorang yang minat membaca akan mudah terpengaruh atau menjiwai bahan yang dibacanya. Melalui membaca seseorang dapat mengetahui banyak perkara - perkara positif dan negatif, secara tidak langsung ia mampu menetapkan dirinya pada kedudukan seimbang berdasarkan pengetahuan, penilaian dan pengalaman persekitaran yang dipelajari dan difahami hasil daripada membaca. 

  • Pendidik

Sifat suka membaca, secara tidak langsung akan menjadi hobi. Melalui membaca dan ilmu pengetahuan yang diperolehi dalam dada, secara tidak langsung seseorang akan menjadi bahan rujukan kepada insan lain. Dengan ilmu yang diketahui, seseorang amat mudah mendidiki orang lain dengan menyampaikan fakta - fakta yang diketahui. 

 

Membaca adalah salah satu tindakan bijak
yang mampu memperluas pemikiran dan pengetahuan terhadap pelbagai isu disekeliling samada dalam negara mahupun di luar negara


 

Post a Comment

2 Comments

Featured Post

Manfaat AI Dalam Pendidikan