SAGOL merupakan makanan tradisi suku kaum Bajau di Negeri Sabah, khususnya di Daearah Semporna dan Tawau. Makanan ini adalah unik kerana jarang di hidangkan di Restoran atau gerai-gerai makanan.
Sagol, dalam bahasa kasarnya (tempatan) merupakan hidangan makanan yang disediakan dengan mengaulkannya atau mencampurkannya secara sebati dengan bahan - bahan atau ramuan.
Umumnya Sagol amat sesuai dimakan bersama Tompek atau Putuh sewaktu makan tengahari atau malam. Campuran perencah lada dan limau menghangatkan lagi citarasa makanan ini.
Terdapat beberapa jenis ikan yang boleh dimasak Sagol antaranya ikan pari, ikan buntal dan ikan yu (kalitan). Penyediaan sagol juga perlu penelitian dan berhati - hati, kerana jika tidak dengan pengetahuan serta kepakaran boleh menyebabkan citarasa sagol tidak menyelerakan.
Menurut sumber My Resepi, mengungkapkan cara - cara menyediakan makanan sagol menggunakan ikan pari, seperti berikut:
Bahan-bahan diperlukan:
- Ikan pari (potong sederhana besar)
- Bawang merah
- Bawang putih
- Halia
- Cili padi (ikut tahap kepedasan masing2)
- Serai (diketuk- utk merebus dan utk masak)
- Kunyit hidup (guna serbuk pun boleh jgk)
- Minyak untuk menumis
- Garam, gula dan serbuk perasa.
Selain daripada itu juga, memasak Sagol adalah berbeza - beza dan mengikut pengalaman, pengetahuan serta kepakaran seseorang. Dikongsikan bersama dari satu halaman blogger iaitu : Page Semporna Mari yang mana merungkai cara menyediakan hidangan Sagol ;
Bahan-bahan:
- 500 gram ikan pari segar ( ikan buntal pun boleh )
- 5 biji bawang merah (tumbuk)
- 5 biji bawang putih (tumbuk)
- 1.5cm halia (tumbuk)
- 1 cawan air rebusan ikan pari
- 2 batang serai (diketuk)
- 1 sudu serbuk kunyit
- 10 biji cili padi
- minyak
- garam,ajinamoto
Cara-cara buat Sagol:
1. Rebus ikan pari bersama serai hingga masak. Toskan airnya
dan biarkan sejuk.
2. Selepas pari masak,tos dan sejukkan.Air rebusan pari
simpan untuk kuah nanti jika ingin berkuah.Setelah sejuk,carik-carikkan pari
asingkan dengan isi dengan tulang
3. Kemudian,panaskan minyak dan tumis semua bahan-bahan yang
bertanda tumbuk (Bawang ) hingga wangi.
4. Masukkan serbuk kunyit dan isi ikan pari.
5. Masukkan air rebusan ikan pari dan biarkan seketika.Kalau
mahu kering letak
sikit saja,kalau nak
berkuah letak banyak sikit tetapi jangan sampai terlebih
6. Masukkan cili padi,garam dan sesuai rasa
7. SIAP...Sagol pari sedia untuk dihidangkan.
Jom ramai - ramai kita menikmati makanan tradisi yang mana sangat menyelerakan dan boleh di dapati di Daerah semporna Sabah.
3 Comments
👍👍👍
ReplyDeletetq
Deleteperkongsian yang sangat bagus
Delete