Pernahkah anda bermain permainan lompat tali atau dalam versi Bahasa Inggeris Skipping dan tahukah anda permainan ini amat baik kepada kesihatan anggota badan ?
Jom kita ambil tahu dan hurai, kebaikan - kebaikan yang tersirat dalam permainan ini.
Umumnya permainan lompat tali, adalah salah satu permainan yang popular di zaman kanak - kanak. Selain daripada menggunakan tali, adakalanya pemain menggunakan getah. Lompat tali dimainkan secara bersendirian atau lebih daripada seorang. Permainan secara berkumpulan umumnya, kedua - dua tali hujung akan dihayunkan oleh rakan yang lain, manaka yang seorang lagi akan membuat aksi lompatan / melompat. Sekiranya tali tersangkut pada kaki si pemain, ia dikira batal dan kalah. Bermain secara bersendirian pula, dimana diri sendiri yang menghayunkan tali dan dalam masa sama membuat aksi lompatan.
Menariknya permainan ini, ianya tidak memerlukan kos yang tinggi hanya tali sahaja, ia juga boleh di mainkan di halaman rumah, kawasan rekreasi atau di tanah lapang seperti gelanggang atau padang.
Sehubungan daripada itu, terdapat beberapa kebaikan atau manfaat yang diperolehi hasil daripada melakukan aktiviti lompat tali, sebagaimana yang dihuraikan dalam flayers yang disediakan sumber Public Health Malaysia. Berikut adalah beberapa kebaikan yang tersirat semasa melakukan aktiviti lompat tali untuk tatapan serta pengetahuan bersama;
- Membakar lemak
- Menguatkan sendi - sendi kaki
- Menghilangkan tekanan
- Menguatkan pelbagai otot - otot pada badan
- Mengurangkan risiko kecederaan
- Meningkatkan koordinasi tubuh
- Perbaiki postur
- Melancarkan pernafasan
- Menguatkan tulang - temulang badan
0 Comments