Pemasaran adalah salah satu proses memasarkan produk yang di hasilkan kepada orang ramai atau dikenali pelanggan. Medium pemasaran terbahagi kepada dua iaitu melalui saluran media elektronik dan saluran media cetak. Umumnya pemasaran boleh dilakukan secara berkumpulan atau bersendirian. Berikut adalah beberapa strategi pemasaran yang boleh digunakan untuk memantapkan lagi perniagaan agar lebih berkembang luas dan maju dengan hasil yang positif, antaranya;
- Planning / Perancangan
Perancangan yang rapi adalah amat penting agar aktiviti promosi dapat dilaksanakan dan dicapai dengan lebih baik serta memberi keuntungan yang lumayan kepada seseuatu perniagaan. Perancangan haruslah seimbang dengan kos yang akan dibelanjakan, bagi mengelakkan defisit serta bankurp. Dalam enyediaan perancangan, faktor - faktor dalaman dan luaran haruslah di titik beratkan, sebagai contoh keadaan ekonomi, pesaing, sudut geografi dan budaya masyarakat.
Perancangan juga perlulah mengutamakan kestabilan serta kekukuhan sesebuah perniagaan, dimana faktor kemampuan amatlah penting agar perniagaan tidak mengalami kerugian. Kajian mendalam haruslah dilakukan terlebih dahulu bagi mendapatkan maklumat serta dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan produk sebelum di pasarkan.
- People / Pelanggan
Pelanggan haruslah ditetapkan dengan tepat berdasarkan kajian yang dilakukan. Sasaran dapat difokuskan dengan tepat dan berkesan, perkara ini menyumbang kepada penggunakan kos perbelanjaan yang kurang, namun hasil yang banyak. Produk dapat disasarkan kepada pelanggan yang tepat dengan mudah. Umumnya pelanggan adalah merujuk kepada mereka yang menggunakan produk yang kita pasarkan.
Pelanggan juga tidak kira jantina atau duduk / bermastaudin di sesebuah mukim, namun yang pastinya mereka adalah pengguna kepada produk yang kita pasarkan. Mengenal pasti pelanggan boleh menggunakan kaedah kajiselidik dengan megedar questioner bagi mengetahui tindak balas pelanggan.Hal ini amatlah berkesan secara tidak langsung mampu mengetahui pelanggan yang berpotensi menggunakan produk yang dipasarkan.
- Product / produk
Produk juga adalah antara yang penting dalam mengembangkan perniagaan. Jenis , kualiti serta kekuatan produk haruslah diambil kira bagi memastikan produk yang dipasarkan diterima oleh pelanggan dengan baik.
Keunikan sesuatu produk adalah bergantung kepada kepakaran serta kemahiran sesebuah organisasi semasa mencipta serta mengeluarkannya. Sekiranya produk adalah berkualiti dan mampu menarik minat pelanggan, ia secara tidak langsung memberi kesan baik serta pertumbuhan positif kepada sesebuah organisasi.
- Place / tempat
Lazimnya tempat merupakan faktor yang penting dalam aktiviti pemasaran, tempat yang strategik dengan mengambil kira populasi penduduknya serta sosio budayanya adalah penting agar produk yang dipasarkan mendapat sambutan yang tinggi.
Dalam masa sama juga, kajian terhadap tempat adalah merangkumi bentuk geografi serta ekonomi (tingkat kekuatan pelanggan yang membeli serta menggunakan produk yang dipasarkan). Keluasan tempat yang dikaji boleh memberi kesan data atau maklumat yang positif, khususnya kepada pendapatan (hasil) sesebuah organisasi.
- Price / Harga
Penetapan harga merupakan antara yang paling penting semasa memasarkan produk kepada pelanggan. Kajian perlu dilakukan terlebih dahulu agar mengetahui tingkat perbandingan harga dengan pesaing - pesaing lain.
Tinggat harga mendorong kepada kuasa membeli oleh pelanggan, hal ini dipengaruhui oleh ekonomi pendapatan pelanggan serta kepentingan produk berkenaan. Penetapan harga sesuatu produk oleh sesebuah organisasi adalah berbeza - beza mengikut pasaran serta permintaan (kuasa membeli pengguna). Sesebuah organisasi juga menetapkan harga produk dengan mengambil kita kestabilan serta kekukuhan organisasinya, iaitu dengan timbang tara pusingan modal serta belanja yang lain seperti (sewa kedai, gaji pekerja dan modal pusingan).
- Promotion / promosi
Promosi adalah salah satu kegiatan memasarkan atau menjual produk yang dihasilkan kepada orang ramai. Promosi boleh dilakukan dalam negara atau luar negara. Lazimnya kaedah promosi dilakukan melalui dua saluran utama iaitu saluran media elektronik dan saluran media cetak.
Media elektronik
- Facebook
- Intagram
- Applikasi Whatsapp
- Telefon
- Email
- Faksimili
- Internet (Google, Mozila, Explore)
- Blog
- Radio
- Televisyen
Media cetak
- Surat khabar
- Majalah
- Papan tanda
- Poster
- Gegantung
- Kain rentang
- Flayers
- Brosur
Kesimpulannya, diharap 6P, pemasaran yang dikongsikan ini memberi panduan kepada para pembaca agar perniagaan yang di usahakan dapat dilaksanakan dengan lebih maju dan membuahkan hasil yang banyak.
0 Comments