Pilihanraya Dun Sabah yang akan diadakan pada 26 September 2020 dilaksanakan mengikut SOP yang ditetapkan pihak berkuasa. Memetik maklumat pada halaman Facebook Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob dalam satu flayer iaitu SOP Pilihan Raya dihuraikan antaranya adalah ;
- Bilik Gerakan dibenarkan beroperasi dengan syarat berdaftar dengan SPR
- Ceramah dibenarkan tetapi perlu penjarakan fizikal dan mengikut kapasiti tempat
- Pada hari mengundi, saringan suhu badan dan kawalan kehadiran pengundi untuk memastikan penjarakan sosial
- Hand Snitizer juga akan disediakan di Khema Saringan, Pintu masuk saluran dan pintu keluar pusat mengundi
- Pengundi yang bergejala seperti suhu 37.5 darja celsius, batuk, sakit tekak, sesak nafas, akan diasingkan daripada pengundi-pengundi lain dan akan mengundi di khema khas
- Pengundi yang berstatus positif COVID-19 tidak akan dibenarkan untuk keluar hospital untuk mengundi
- Pengundi yang berstatus patient under investigation (PUI) dan person under surveillance (PUS) yang berhasrat untuk mengundi perlu memohon kebenaran terlebih dahulu dari pegawai kesihatan Daerah
Sehubungan daripada itu, perlaksanaan Pilihan Raya Dun Sabah telah diperhalusi dan dikemaskini agar lebih ketat dan mengikut SOP. Hal sedemikian adalah amat penting bagi memutuskan rangkaian penyakit berjangkit Covid - 19 di negara Malaysia khususnya. Berdasarkan sokongan daripada sumber media tempatan, mengatakan bahawa ;
👉Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata penambahbaikan terhadap SOP pengendalian pilihan raya dalam situasi COVID-19 akan dilakukan berasaskan keadaan semasa di Sabah.
Adham berkata, pihaknya sudah mengadakan beberapa kali pertemuan dengan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) bagi memastikan ia berjalan lancar.
"Dua kaedah yang sama akan digunakan di Sabah, tapi peraturan yang perlu diikuti di mana penguatkuasaan dan pemantauan akan dipertingkatkan.
"Sekiranya ada mana-mana individu yang ingkar mungkin akan ada kes yang akan dibawa ke mahkamah atau sebagainya.
Selanjutnya, ikuti sumber : Berita Harian
Tambahan daripada itu juga pengalaman PRK Chini diambil sebagai panduan dalam memantapkan lagi perjalanan Pilihan Raya Dun Sabah.
👉 Selanjutnya menurut sumber Sinar Harian Beliau (Timbalan Pengerusi SPR, Dr Azmi Sharom) berkata, apa yang penting adalah kolaborasi SPR dan agensi terlibat terutama Kementerian Kesihatan untuk secara bersama merangka serta melaksanakan SOP itu, seterusnya memastikan pengundi PRN Sabah selamat daripada Covid-19.
"Selepas pengalaman kita di Chini dengan SOP Covid-19, kita masih dapat menjalankan pilihan raya dengan sempurna. Dan di Chini kita dapat lebih daripada 70 peratus pengundi datang mengundi, yakni satu angka yang lebih kurang sama dengan PRU semasa tidak ada Covid-19.
0 Comments