SENARAI PARTI DAN CALON PRN (SABAH) KALI KE-16

SENARAI PARTI DAN CALON PRN (SABAH) KALI KE-16

Pilihanraya adalah salah satu proses demokrasi bagi memilih seorang wakil rakyat yang bertanding dan memenangi kerusi di kawasan berkenan, hasil daripada undian oleh rakyat  untuk mentadbir kawasan berkenaan. 

Umumnya, wakil - wakil rakyat akan bertanding bagi menentukan siapa yang akan menjadi wakil rakyat di kawasan berkenaan. Pertandingan antara wakil rakyat dilaksanakan setelah melalui proses penamaan calon dari pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). PILIHANRAYA, SEMAKAN PUSAT MENGUNDI

Seperti yang sedia maklum dimana Pilihanraya Negeri Sabah akan di adakan pada 26 September 2020, seperti yang telah di tetapkan pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Menurut sumber, Utusan Borneo Online , Tarikh penamaan calon bagi pilihan raya berkenaan pula pada 12 September manakala pengundian awal ditetapkan pada 22 September.

Pengumuman dibuat oleh Timbalan Pengerusi SPR Dr Azmi Sharom dalam sidang medianya hari ini selepas mempengerusikan mesyuarat khas SPR berhubung PRN Sabah.

Azmi berkata terdapat 1.12 juta pengundi dan SPR menjangkakan lebih 70 peratus pengundi akan mengundi pada PRN Sabah ini.

“Tempoh berkempen 14 hari bermula pengisytiharan calon yang bertanding, sehingga 25 September,” katanya.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dibubarkan pada 30 Julai lepas bagi memberi laluan kepada PRN diadakan dalam tempoh 60 hari.

------------------------------------

Proses penamaan calon telah dilakukan dengan jayanya pada 12 September 2020 tanpa sebarang kekacauan atau rusuhan. Wakil - wakil parti dan para penyokong, masing - masing mengikut SOP semasa menghadirkan diri ke Dewan untuk penamaan calon.

Menurut sumber, SPR berikut adalah antara parti - parti politik yang bertanding pada Pilihan Raya Dun Sabah kali ke 16 terdiri daripada berikut;

Parti Warisan Sabah, Parti Perikatan Nasional, Parti Barisan Nasional, Parti Cinta Sabah, Parti Perpaduan Rakyat Sabah, Parti Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu, Parti Pertubuhan Pa Sokmomogun KadazanMurut Bersatu, Parti Gagasan Rakyat Sabah, Parti Liberal Demokratik, Parti Keadilan Rakyat dan Parti Bebas.

Sehubungan dengan itu, berikut adalah senarai Parti dan wakil - wakil rakyat yang telah di namakan untuk bertanding bagi kerusi untuk PIlihanraya Dun Negeri Sabah 

Sila Tekan Pautan  👉 Senarai Parti & Wakil Rakyat Bertanding Bagi PRN (Dun Sabah) Kali Ke -16



Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Maulana Tersohor Di Dunia