STRATEGI UNTUK BERJAYA

STRATEGI UNTUK BERJAYA

"Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya"

"Usaha tangga kejayaan"

"Usaha ... Doa .... Tawakkal"


Pernahkah anda terdengar, terbaca pepatah di atas, ia adalah sebahagian kata - kata semangat atau motivasi untuk seseorang agar lebih berjaya. Kejayaan sememangnya tidak akan muncul sendiri tanpa sebarang usaha, samaada usaha melalui fizikal mahupun mental.

Umumnya dikongsikan bersama, strategi yang boleh digunakan untuk menjadi diri atau seorang untuk berjaya dalam kehidupan, antaranya;

  • Banyakkan membaca
Tabiat membaca adalah amat baik, bukan sahaja dapat menambah ilmu pengetahuan di dada, malahan menjadikan seseorang lebih terdidik dan menjadi rujukan kepada orang lain. Melalu membaca juga, seseorang akan lebih matang dan mempu menjadikan dirinya pada paksi yang seimbang dan berkebolehan lebih mendalam untuk mentadbir kehidupannya serta perkara - perkara lainnya. Terdapat banyak kesitemewaan yang boleh diperolehi hasil daripada membaca, sila rujuk Keistemewaan Membaca.
  • Sentiasa berfikiran positif
Meletakkan tahap fikiran pada kedudukan positif, mendorong seseorang untuk mudah berjaya dalam bidang yang di ceburinya. Hakikatnya, seseorang akan mampu mengatasi sesuatu masalah dengan lebih berkesan sekiranya ia menghadapi masalah. Tambahan itu juga, melalui pemikiran positif, tingkat keberanian dan keyakinan akan lebih menonjol dengan baik, dan juga mampu menghadapi segala rindangan. Seseorang tidak akan terjerumus dengan perkara - perkara negatif yang tidak memberi sebarang kebaikkan.
  • Pro Aktif
Untuk menjadi seoarng yang berjaya dalam bidang yang dikehendaki atau di idamkan, seseorang haruslah bekerja dan berusaha dengan lebih kuat atau proaktif. Kepantasan serta kelincahan dalam memikirkan serta menyelesaikan sesuatu perkara amatlah penting agar hasil yang diperolehi lebih berkesan dan berkualiti. Seseorang haruslah melipatgandakan usaha agar mendapat hasil yang berkali ganda.
  • Dream Folder
Penyediaan dream folder adalah amat penting kerana ianya membantu seseorang untuk berjaya dalam hidup atau kerjayanya. Dream folder adalah panduan seperti diary yang boleh menaikkan semangat seseorang untuk terdidik agar lebih maju kehadapan. Di dalam dream folder, catitkan dan letakkan gambar - gambar yang di inginkan; contohnya (Rumah Banglo, Kereta Ferari,dan Kapal Jet), serta hala tuju kejayaan. Masukkan juga salah seorang idola yang berjaya sebagai contoh dan pedoman untuk kejayaan.
  • Berkongsi pendapat untuk berjaya
Strategi untuk berjaya boleh dikecapi melalui perkongsian dengan orang lain. Erti kata seseorang haruslah sentiasa bersifat memberi dan menerima dalam perkara yang membawa kepada kebaikkan dan kemajuan bersama. Ilmu pengetahuan yang diperolehi haruslah dikongsi agar pendapat dan sebarang cadangan yang dikemukan dapat dikembangkan lebih meluas dan memberi keuntungan. 
  • Doa
Dalam mengecapi kejayaan, sejauh mana pun usaha yang dilakukan haruslah diiringi dengan kesyukuran iaitu dengan sentiasa memanjatkan doa kepada Illahi. Rezeki adalah darinya dan haruslah di manfaatkan dengan lebih baik. Secara umumnya rezeki akan lebih mulia dan berkat jika sumbernya adalah juga bersih dan suci. Ketahuilah yang maha berkuasa (Allah S.W.T) telah menetaplan rezeki ke atas ummatnya, walaupun demikian seseorang yang berjaya haruslah berusaha untuk mendapatkannya. Sumber rujukan: Ayat Al-Quran : menerangkan tentang rezeki






Post a Comment

2 Comments

Featured Post

Keburukan Perceraian