Pantai Tanjung Aru tidak asing lagi kepada masyarakat Sabah, khususnya yang tinggal di Bandaraya Kota Kinabalu. Pantai ini terletak di Pekan Tanjung Aru dan hanya 5 minit perjalanan menggunakan pengangkutan awam (Bus, E- Hiling, Teksi) dan Motosikal Persendirian dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA)
Setiap hari orang ramai pasti akan mengunjungi pantai berkenaan dengan tujuan bersiar - siar, sambil menikmati persekitaran udara yang nyaman dengan deruan ombak yang kuat lagi menyeronokkan. Tiupan angin yang dingin memberi ketenangan kepada fikiran, setelah saban hari bekerja.
Selain daripada orang tempatan, Pantai Tanjung Aru juga sering dikunjungi oleh pelancong dalam dan luar negara. Keunikan pantai berkenaan ialah, pantainya yang bersih dan indah, serta kawasannya yang selamat. Dari pantai Tanjung Aru juga, para pengunjung dapat melihat dengan lebih jelas dan dekat siaran cahaya matahari semasa ianya terbenam.
Selain daripada itu juga, Di pantai Tanjung Aru, para pengunjung dapat menikmati makanan ringan yang dijual oleh penjaja jalanan. Makanan yang dijual antaranya Jagung segar, Keropok Lekor, Sayap, Cucur Udang, Mee Goreng, ABC, Cendol dan pelbagai minuman (Jus buah Kelapa, Mangga, Tea Ais dan macam - macam lagi). Selain makanan dan minuman, terdapat juga barang - barang mainan kanak - kanak, cenderahati yang menarik dan mampu memukau pengunjung. Terdapat juga buah - buahan tempatan yang segar seperti Durian, Kelapa, Rambutan dan Langsat.
Pantai Tanjung Aru juga menjadi destinasi kepada kelab - kelab permotoran Kereta atau motosikal) untuk membuat perhimpunan mereka, Aktiviti yang mereka adakan adalah BBQ, serta memperaksikan hiasan kenderaan masing - masing. Selain itu juga, aktiviti karaoke dan aktiviti sukan nika juga diadakan bagi memeriahkan aktiviti kelab. Perkara seumpama ini amatlah baik, bukan sahaja mengeratkan ikatan silaturrahim dikalangan ahli kelab, namun secara tidak langsung ia mampu mengelak kepada perkara - perkara negatif seperti vandalisme di kalangan remaja.
0 Comments