TNB TERUSKAN MYBRIGHTER FUTURE

TNB TERUSKAN MYBRIGHTER FUTURE

Pendidikan adalah amat penting kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa, agama dan kaum, agar menjadi lebih maju dalam pelbagai bidang Tingkat Pendidikan Negara Malaysia

Dalam Majlis Perjumpaan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Bin Mohd Yassin Bersama Warga IPT Sabah Serta Penyampaian Tawaran Program Dermasiswa My Brighter Future (MyBF) Yayasan Tenaga Nasional Di Dewan Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), Yang Amat Berhormat dalam ucapannya, pendidikan mampu melahirkan anak - anak bangsa yang berjaya, tidak hanya ke menara gading, namun menjadi komponen ekosistem padu dan pengukuhan kepada mata dunia.  

Pakar - pakar akademik perlu mahir dalam bidang penyelidikan, membina kepakaran yang boleh memberi manfaat kepada rakyat atau masyarakat. Ahli akademik disarankan agar mengubah ilmu pengetahuan yang dipelajari bukan sahaja kepentingannya kepada diri, malahan juga kepada masyarakat. Universiti haruslah lebih bersikap berani dalam mempamerkan sebagai satu Universiti yang hebat. Kekurangan tenaga pakar dalam pelbagai bidang menyebabkan kurangnya pakar dalam Novel Laureate.

Menurut Perdana Menteri Juga, Kerajaan pada masa sekarang lebih komited kepada pembangunan, skop rakyat antara wilayah dan pembangunan inklusif

Tambahan daripada itu juga, Perdana Menteri juga menzahirkan terima kasih kepada TNB kerana melaksanakan obligasi sosial dengan meneruskan MyBrighter Future kepada masyarakat bumi dan non bumi khususnya yang berpendapatan rendah. Di Sabah seramai 315 pelajar telah menerima tajaan berkenaan. TNB meneruskan penajaan ini kepada 2500 pelajar baharu untuk tahun mendatang sehingga 2022.

Penerima iaitu pelajar - pelajar dinasihatkan agar menggunakan tajaan yang ada dengan lebih baik demi diri, keluarga dan masyarakat. Hari ini dengan tekat, iltizam, semangat dan komitmen ibu bapa, tidak ada lagi alasan untuk anak - anak tidak belajar kerana pihak berkuasa telah menyediakan pelbagai kemudahan pendidikan iaitu Sekolah, Kolej dan Universiti, walaupun tinggal di kawasan ulu.

Sumber rujukan : Sinar harian


Dalam masa sama, Yang Berhormat Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Bin Mohd Yassin menyampaikan tajaan dermasiswa dari TNB kepada seramai 300 pelajar - pelajar dari Sabah di Dewan Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS).



Post a Comment

2 Comments

Featured Post

Maulana Tersohor Di Dunia