Teks Ucapan YAB Perdana Menteri mengenai Pelanjutan PKPP
Dalam perkara nombor 8, Ini bermakna kerajaan masih memerlukan
mekanisme undang-undang untuk meneruskan usaha-usaha mencegah dan mengawal
penularan wabak COVID 19. Justeru, demi kepentingan saudara-saudari sekalian,
kerajaan telah memutuskan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan dilanjutkan
sehingga 31 Disember 2020. Dengan pelanjutan tempoh PKPP, tindakan
penguatkuasaan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988
atau Akta 342 masih boleh diambil. Ini adalah untuk memastikan semua pihak mematuhi
Prosedur Operasi Standard dan protokol kesihatan yang ditetapkan.
Perkara 11.
Walaupun PKPP dilanjutkan, saya yakin kehidupan saudara-saudari tidak akan
terjejas kerana aktiviti harian boleh dilaksanakan seperti biasa dengan
pembudayaan norma baharu dan pematuhan kepada SOP yang ditetapkan. Yang penting
ialah saudara-saudari mesti terus membiasakan diri dengan pemakaian pelitup
muka, membasuh tangan, sentiasa menjaga kebersihan diri dan mengelakkan berada
tempat-tempat yang sesak. Saya percaya semua ini telah pun saudara-saudari
lakukan selama ini sehingga kita berjaya mengekang penularan wabak COVID 19 di
dalam masyarakat kita.
Sehubungan daripada
itu, menurut maklumat pada flayers yang dikeluarkan oleh Pusat Media Tempatan,
dikongsikan demi kebaikan bersama, dan berikut adalah panduan tentang beberapa
kawasan atau tempat yang sesak atau ruangan tertutup dan diwajibkan untuk
memakai pelitup mulut dan hidung, antaranya;
- Rumah ibadah bukan islam
- Premis kesihatan
- Peruncitan
- SPA, Pusat kecantikan dan refleksologi
- Kedai gunting rambut, salun - salun kecantikan
- Masjid dan surau
- Taman, zoo
- Pengangkutan awam
- Sukan dan rekreasi
- Pengangkutan awam, bus, van, train
- Majlis sosial
- Pasar - pasar awam / tani
- Pawagam dan acara langsung
- Pusat hiburan keluarga
0 Comments