BERSIAR - SIAR DI SABANDAR COWBOY TOWN

BERSIAR - SIAR DI SABANDAR COWBOY TOWN

Anda masih belum pernah menjejakkan kaki ke Sabandar Cowboy Town, jika anda ke sini, pastinya anda akan berpuas hati.

Sabandar Cowboy Town, merupakan salah satu tempat pelancongan yang boleh di kunjungi untuk melihat lebih dekat lagi perkakas atau barang - barang yang digunakan untuk ternakan haiwan kuda. 

Lokasi Sabandar Cowboy Town, terletak di Daerah Tuaran, kekudukannya terletak berhampiran dengan pantai Sabandar. Jarak perjalanan dari Terminal Lapangan Terbang Kota Kinabalu hanyalah mengambil masa, kira - kira satu jam berjalanan dengan menaiki bus sewa khas atau kenderaan e-hiling seperti Grab, Mycar atau Maxim. Selain daripada itu, anda boleh juga mendapatkan khidmat Teksi Airport, namun setiap harga tambangnya pasti berbeza - beza. 



Di Sabandar Cowboy Town, anda boleh melihat dengan lebih dekat lagi haiwan kuda dan bagai mana ia digunakan sebagai kenderaan pengangkutan awam sewaktu ketika dahulu. Terdapat banyak gerabak - gerabak di pamerkan, yang mana setiap gerabak kuda mempunyai ciri - ciri ukiran atau hiasan yang berbeza. 

Selain daripada itu, anda boleh juga melihat bagaimana kuda di beri makan oleh tuannya, kuda - kuda peliharaan ternyata sangat jinak kepada kehadiran manusia. Dalam masa sama, jika anda terusa atau ingin menunggangnya, di Sabandar Cowboy Town, semestinya peluang terbaik bagi anda. Semasa anda menunggang kuda berkenaan, pemandu kuda atau guide, akan memegang tali kuda dan mengiringi anda, demi keselamatan dan keselesaan anda. Anda tidak perlu risau dan takut, kepada setiap pemandu kuda, adalah dikalangan yang terlatih.

Lantaran daripada itu, di Sabandar Cowboy Town juga, anda boleh berjalan - jalan menyusuri payah bakau, dengan melalui jembatan khas yang disediakan. Anda dapat melihat dan merasi dengan lebih dekat suasana di dalam hutan payah bakau. Dalam sama sama juga, anda boleh mengambil gambar haiwan - haiwan seperti siput, ketam, tempakul, yang mana jarang atau tidak pernah anda lihat sebelumnya. 




Bersiar - siar di Sabandar Cowboy Town, sememangnya menyeronokan dan memberi ketenangan jiwa dan fikiran. Anda akan merasakan diri anda lapang, kerana pada masa itu anda tidak memikirkan kerja - kerja harian anda, malahan berseronok bersama keluarga atau sahabat - sahabat. Selain aktiviti sosial yang membawa faedah pada diri anda, ia juga secara tidak langsung megeratkan lagi ikatan silaturrahim. 

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Maulana Tersohor Di Dunia