Fon kepala merupakan sepasang pembesar suara kecil yang dilekapkan pada telinga pengguna serta disambungkan ke punca isyarat audio seperti penguat audio, radio ataupun pemain CD.
Ia juga dikenali dengan nama-nama seperti fon telinga dan set kepala.
Fon telinga telefon seperti di gambar sebelah kanan ini adalah lazim pada awal abad ke-20. Daripada fon telinga telefon tersebut maka lahirlah fon kepala. Fon kepala yang sensitif merupakan satu-satunya cara bagi mendengar isyarat audio sebelum penguat audio mula dibangunkan.
Fon kepala yang sangat sensitif
seperti keluaran Brandes sekitar 1919 lazimnya digunakan bagi kerja-kerja radio
terawal. Fon kepala terawal tersebut menggunakan pemacu besi boleh gerak.
Keperluan bagi tahap kepekaan yang tinggi bermaksud tiada lembapan audio
digunakan,
1. Komplikasi dan kehilangan pendengaran
Sekiranya bunyi terlalu kuat
ianya mungkin akan mengakibatkan telinga anda pekak. Menurut kajian, sekiranya
mendengar earphone dengan kekuatan bunyi melebih 100 desibel selama 15 minit,
gegendang akan rosak teruk.
Khusus kepada anda yang gemar
berkongsi guna fon telinga. Hal ini boleh terjadi kerana fon telinga boleh
bertindak sebagai medium untuk penyebaran bakteria.
Penggunaan fon jenis yang
sumbat boleh mengakibatkan kesan yang lebih teruk pada telinga, kerana ianya
akan menyebabkan tekanan yang sangat tinggi pada gegendang telinga serta
jangkitan bakteria juga lebih mudah terjadi.
Penggunaan fon telinga yang
agak berlebihan akan menyebabkan tahap kekenyalan gegendang akan berkurangan.
Perkara ini boleh mengakibatkan anda berasa jengkel dengan segala bunyi yang
ada disekitar anda.
Untuk makluman anda, fon
telinga menghasilkan gelombang elektromagnet yang berbahaya kepada telinga
anda. Penggunaan yang tidak terkawal berkemungkinan boleh merosakkan saraf
otak.
------------------------------------------------------
Sehubungan daripada itu, pencegahan awal adalah amat terbaik agar kesihatan pendengaran anggota telinga sentiasa berada dalam keadaan baik dan sihat. Amalkan beberapa langkah sebelum nasi menjadi bubur, antaranya:
- Berusaha untuk meminimumkan penggunaan Fon Kepala. Jika boleh jangan menggunakannya sama sekali (loud speaker sahaja).
- Jangan menggunakan Fon Kepala dengan kadar bunyi yang kuat, sehinggakan rakan sebelah dapat mendengarnya.
- Meletakkan mod bunyi Fon Kepala pada kedudukan yang sangat minima.
- Beri ruang masa rehat kepada anggota telinga untuk tidak dipasangkan Fon Kepala
- Jangan memasang atau menggunakan Fon Kepala sewaktu tidur
0 Comments