FAHAMI HARI KIAMAT DAN TANDANYA

FAHAMI HARI KIAMAT DAN TANDANYA

Assalamualaikum w.w. dan selamat sejahtera, hari ini 06 Oktober 2020 bersamaan dengan hari Selasa. Semoga kita sentiasa sihat walafiat dalam lindungannya. 

Penulis rasa gembira dan teruja untuk berkongsikan sedikit ilmu kepada sahabat - sabahat khususnya berkenaan faktor keagamaan. Sedar dan tahu, kurang kepakaran serta pengetahuan, namun penulis amat tertarik dan ingin berkongsi tajuk berkenaan Hari kiamat. Marilah kita bersama - sama memantapkan ilmu pengetahuan kita agar diri kita sentiasa dalam keadaan seimbang dan hidup dalam aman damai.  



FAHAMI HARI
KIAMAT DAN TANDANYA  



Menurut sumber Wikipedia Hari Kiamat merupakan hari yang digambarkan sebagai musnahnya seluruh alam dan bumi dan kebangkitan semula. Kiamat berasal dari perkataan bahasa Arab iaitu Ù‚يام yang bermaksud bangkit atau bangun. Sedangkan hari kiamat (kehancuran alam semesta berserta dengan isinya) dalam bahasa Arab adalah "As-Saa’ah". Ia merupakan satu kepercayaan dalam agama samawi, termasuk YahudiKristian dan Islam.

Manakala menurut dbp hari Kiamat adalah;

[qia.mat]

قيامة

Definisi : 1 kebangkitan semula sekalian manusia drpd mati (utk menghadapi keadilan Tuhan). 2 berakhir (ttg dunia, zaman): Tiada manusia yg tahu bila dunia ini akan ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Sehubungan daripada itu menerusi keratas flayers yang diterbitkan oleh SINDONEWS.com menyenaraikan beberapa TanDa - TanDa besar Hari Kiamat, seperti beriku;

  • Bumi akan gelap gelita sepanjang 40 hari 40 malam
  • Munculnya Dajjal, sekitar dua per tiga manusia di dunia akan menjadi pengikut Dajjal
  • Turunnya Nabi Isa AS di Damaskus
  • Munculnya Ya'juj dan Ma'juj
  • Matahari terbit dari barat, hanya terjadi sekali 
  • Dari perut bumi keluar binatang yang dapat berbicara dengan bahasa manusia 
  • Akan bertiup angin yang lembut, sejuk, berbau kasturi. Semua ummat yang beriman akan wafat saat menghirup angin tersebut, sehingga Hari Kiamat besar tidak akan disaksikan oleh ummat Muslim
  • Terjadi 3 kali gempa bumi besar
  • Gempa bumi besar di semenanjung Arab
  • Api keluar dari negeri Yaman



Semoga daripada ini, kita bersama - sama meningkatkan iman kita serta saling ingat mengingati, nasihat menasihati antara satu sama yang lain. Ketahuilah, kita sentiasa berada dalam godaan syaitan walau dimana pun kita berada. Cekalkan dan kentalkan lah diri kita dengan memperbanyakkan, mengambil tahu tentang bab - bab agama agar kita sentiasa dapat menilai dan taat pada seruhannya. 

Penulis ingin mengaitkan blog ini ke satu halaman berkenaan tajuk yang hampir sama bagi meningkatkan lagi ilmu pengatahuan para pembaca. Sila klik pautan ini 👉 Liputan 6

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Manfaat AI Dalam Pendidikan